Ha?

Ha?

Tuesday, April 30, 2013

BUKU #1


DIRECT MESSAGE

“Aja, kau kenal kan orang yang bagi pinjam buku tu?,” tanya Nuriy.

“Erk, kenal tak kenal juga la. Biasa sahaja,” balas aku.

“Tolong pulangkan buku ni boleh? Aku pinjam tapi tak sempat nak pulangkan, dengar cerita dia orang dah tak buat tempat lepak macam dulu,” kata dia.

“Tengoklah apa yang aku boleh buat, letak atas meja tu dulu,” balas aku ringkas.

“Terima kasih daun keladi, patik naik dulu jumpa lagi,” Nuriy berpantun.

“Amboi, semangat kemelayuan nampak,” balas aku bergurau senda.

Kami tergelak dan sambil itu, Nuriy memakai selipar untuk pergi ke biliknya semula.

Sunyi mencelah sekali lagi, tiada riang tawa. Bilik aku pun semua orang tak ada, entah ke mana mereka pergi aku pun tak pasti.

Agaknya pergi makan. Agaknyalah.

*screen laptop terpapar laman web Twitter*

Aku : Hey, you I nak pulangkan buku, kawan I ada pinjam. Nak pulangkan dekat siapa ya?

Selesai aku menaip aku pun tunggu balasan. Sambil tunggu aku siapkan kerja yang patut aku buat.

“Perghh, boleh ke siap sebelum habis semester ni,” mengomel aku.

“Assalammualaikum!!!,” teriak rakan sebilik aku.

“Waalaikummussalam, hai gembira macam nampak?,” balas aku.

“Mestilah,” dia balas sambil tersenyum lebar.

“Aku dah agak dah, ingatkan lupa dah bilik mana, belajar dekat mana,” perli aku sambil ketawa.

“Universiti ni di hatiku. Mana boleh lupa, kau dah makan?,” tanya dia.

“Belum, sehari suntuk aku tak keluar bilik ni kau tahu tak. Risau aku tunggu hangpa semua,” kata aku.

“Bagus mak ni, apa-apa pun aku nak mandi dan tidur, esok kelas pagi,” balas dia sambil mencapai tuala dan bakul mandi.

Aku kembali setia pandang skrin laptop dan ternampak cahaya dekat butang connect.

Tekan dan berkata dalam hati ‘oh, dia dah balas’.

Khairul : Boleh pulangkan dekat I. Nanti Direct Message (DM) nombor sebab jarang buka twitter.

Aku : Dah DM.

Selesai sahaja buat begitu aku terus sign out, kemaskan meja dan bersedia untuk pejamkan mata.

No comments:

Post a Comment