Ha?

Ha?

Wednesday, May 1, 2013

BUKU #2


HARI-HARI BIASA

*Azan berkumandang*

Marlia manusia yang agak susah nak tidur dan bangkit dari tidur.

Entahlah aku sahaja buat-buat insomnia atau memang aku insomnia.

Keliru aku jadinya, paling awal pun pukul 5 pagi aku boleh tidur.

Alhamdulillah, setakat ni tak ada aku terserempak dengan mak cik menyapu pagi-pagi buta dan jual nasi lemak.

Kalau tak, dah lama aku menyesal dan terus tidur awal.

Tapi kita doa-doa moga  yang baik-baik sahaja yang akan menimpa diri aku ni.

Arghhh, kejap lagi ada photoshoot, aku bermonolog sendiri.

Disebabkan final exam nak dekat, kebanyakan daripada kami dah tak ada kelas. Ada yang siapa dah kemas bilik buat clearance lagi.

Iyelah, NO CLEARANCE, NO HOSTEL.

Kita kena ingat, bila dah diberi rezeki ni gunakanlah ia dengan secukupnya dan dengan penuh kasih sayang.

Sebab kita mungkin hanya diberi rezeki itu sekejap sahaja, aku harap dapat duduk hostel sampai aku tamat belajar tapi dengar cerita pekeliling dah keluar. Katanya semester 5 dah kena duduk luar.

Harap-harap tak, sebab aku masih mentah dan tak cukup kuat dengan godaan manusia di sini.

“Weh, aku pergi dulu,” kata aku.

“Kau jalan kaki ke?,” tanya Linda sambil mengunyah makanan dia.

“Takkan la naik kereta weyh, jalan kaki la,” balas aku.

“Ok, bawa payung tu sekali dah la kau bawa kamera dengan tripod tu. Basah karang siapa nak hantar,” pesan dia.

Aku hanya mampu mengangguk. Sebenarnya lambat lagi tapi disebabkan aku perlu berjalan ke fakulti, jadi keluarlah awal sebab MASA ADALAH EMAS.

Tak tipu kalau aku tak pernah lambat, manusia sering melakukan kesilapan tetapi kebanyakan masa, aku tepatinya.

*berjalan kaki sambil mendengar lagu The Naked and Famous – Young Blood*

10 minit kemudian

Dari jauh aku dah tahu siapa yang akan datang lagi awal daripada aku, Husna.

“Assalammualaikum, oit sorang ke? Awal datang,” tegur aku.

“Waalaikummussalam, mestilah. Macam aku pernah datang lambat,” katanya (ada sedikit nada angkuh di disitu)

Aku tengok jam, masih ada 20 minit lagi sebelum semua ada.

“Mar, aku nak tanya sesuatu. Boleh tak?,” tanya Husna mencelah kesunyian.

“Ha, tanya la,” jawab aku tanpa rasa ragu-ragu.

“Macam mana kau belajar ye? Aku tengok kau dengan benda ni lagi dengan susah nak tidur lagi. Aku musykil kau still boleh score dalam exam,” tanya dia, musykil.

Believe me, you won’t believe that I study while listening to music.” jawap aku ringkas.

“Semua orang buat macam tu, apa yang aku tak percaya. Ceit.,” kata Husna.

I mean, really loud. I won’t be able listen to you, nagging at me or talk behind me or something and thus, sambil tu I layan movies,” balas aku sambil menggunakan tangan aku sebagai bahasa badan yang sukses.

“Wow, kau boleh concentrate? Perghh, Daebak,” balas dia.

“Masing-masing ada cara tersendiri. Ala kau, lagi hebat dari aku,” balas aku.

“Tapi tak ada la sampai Dean List lagi macam kau. Betapa kuat gila aku usaha, tak pernah dapat. Hmppph,” balas dia sambil riak mukanya sedih.

“Rezeki. Aku pasti kau akan dapat sesuatu daripada usaha kau tu. Allah Maha Adil,” kata aku.

*teet teet*

“Sms daripada siapa pula la ni?,” monolog aku sendiri.

Angin sepoi-sepoi mencelah diri dan menggantikan fakulti yang hampir serba kosong ini.

Kenapa hampir serba kosong, sebab ada lagi rupanya pelajar yang ada kelas.

No comments:

Post a Comment