Ha?

Ha?

Thursday, May 23, 2013

BUKU #6


SUNYI

Hari ni seperti hari-hari biasa, aku bangun pagi, mandi dan terus pergi ke perpustakaan untuk mentelaah.

Final exam, minggu yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar menunjukkan semester nak dekat tamat.

Semester ketiga, bagi aku semester yang kritikal selepas semester dua.

Semasa semester dua banyak yang aku lalui, pahit tapi elok untuk kematangan.

Hidup ini tak seperti yang kita sangkakan. Kawan boleh jadi lawan, musuh boleh jadi kawan.

Daripada masalah itu aku boleh belajar siapa kawan dan siapa lawan.

Kalau orang tanya aku macam mana nak cari kawan? Aku akan jawap, kawan dengan semua orang dan jadi diri sendiri.

Kalau dia boleh terima kita, kawan la tu. Kalau talam dua muka, lawan la tu.

Yang tak berapa nak berminat dengan kita , senyum sahaja, jangan bermusuh.

Rasul kita, mana pernah ajar perkara yang negatif. Lagipun, senyum itukan sedekah.

Aku di meja belajar ni kadang-kadang seperti cacing kepanasan.

Iyelah, hampir semua subjek aku ni kena menghafal sebab teori kan.

Habis kertas dengan pen warna stabilo ni  (nasib baik ada baucar buku, terima kasih Kerajaan) .

Sambil aku buat nota tu aku perasan betapa sunyinya hari ni.

Aku mengeluh sambil mengintai pasangan-pasangan yang ada di sekeliling perpustakaan tu, erk, aku sorang je ke?

Ok, Mar jangan fikirkan perkara yang tak penting, kau kena usaha untuk membuatkan mak dengan ayah kau bangga.

Ingatlah bahawa kau ni tanggungan ibu dan ayah bukan PTPTN.

1 comment:

  1. nice ...why don't you compile and make it into a book. Some yuppies out here sure wants to know how a teenager fells on her way growing up.

    ReplyDelete