Ha?

Ha?

Tuesday, July 30, 2013

Bersyukur

Satu hari kau bangun,
Dan kau nampak depan belakang kau kosong,
Hitam.

Kau rasa di hati kau,
Tiada degupan jantung,
Kau tengok cermin,
Hanya fizikal sahaja yang sempurna.

Kemudian kau nampak orang,
Orang berpakaian warna putih,
Jalan berbongkok-bongkok,
Kau panggil 'Weyh, aku dekat mana ni?'.

Tiada sahutan,
Dia hanya memaling dan memberi senyuman yang sinis,
Aku pelik dan terus terduduk,
Sambil tertanya-tanya 'Aku dekat mana ni?' .

P/S : Kau rasa ini cerita apa? Masing-masing ada otak, boleh berfikir. Sekian terima kasih.

Friday, July 26, 2013

RASA.

Hari ini aku rasa tak berguna,
Rasa dihina,
Rasa ditentang,
Rasa tak berguna sekali lagi.

Sekali lagi aku kata,
Rasa tak berguna.

Picisan yang patut di buang serta-merta.

FULLSTOP.

Saturday, July 20, 2013

CERITA PENDEK #1

Aku memandang kiri dan kanan,

Tiada kereta tapi masih menunggu untuk melintas,

Mata aku pandang ke hadapan, aku terdengar bunyi kereta memecut laju, aku pejamkan mata dan bersedia untuk terbang ke langit.

Tetapi . . .

Aku tidak rasa aku terpelanting jauh, aku buka mata dan pandang ke arah yang berlumuran darah.


“Izat!!!,” teriak aku.

sambungan_________________________________________________________________________

"Weh lili," jerit kawan aku sambil menggoyangkan badan aku.
Aku terkejut, terjaga dan lap peluh aku. 
Tercungap-cungap aku dibuatnya.

"Kau ok tak ni?," tanya Shah dengan penuh kepelikan.
Aku yang masih tidak cukup nafas untuk berkata,
hanya mampu menggangguk YA.

"Okai, kau pergi mandi-mandi dulu. Ada something aku nak bagitahu," kata dia lalu meninggalkan aku.

sambungan_________________________________________________________________________

(Di dalam tandas)

Aku hanya termenung sambil membasuh badan aku.
Hari ini aku tiada emosi.

sambungan_________________________________________________________________________

"Kau nak bagitahu apa?," tanya aku kepada Shah yang sedang duduk di sofa ruang tamu.
"Macam ni, aku nak kau bertenang . . .  Izat dah tak ada," jelas Shah dengan nada yang lembut.

Aku pandang mata Shah tepat-tepat, takut ini hanyalah satu prank buat aku.
"Hmmmm.," balas aku.
"Dia kena tikam dekat rumah dia, itu yang aku diinformkan. Sekarang, polis tengah cari penjenayah. Dia orang bagitahu, mungkin kawan-kawan dia juga yang buat ni. Kau ada tahu apa-apa tak?," jelas Shah.

Aku hanya menggeleng.
"Argghhh," meraung aku sambil memegang kepala.

"Kau ok tak ni?, kau ok tak . . .," 

Saturday, July 6, 2013

KOTA

Kota metropolitan yang dianggap gah,
Belakang tabir siapa yang mengerti,
Seluruh manusia diperlakukan,
Minda penuh dengan sampah sarap,

Orang di tepi jalan mengutip sampah,
Bukan tidak siuman,
Kadang-kadang mereka cuma mencari rezeki yang halal,

Peminta sedekah?
Jika benarlah kita faham tentang keadaannya,
Mungkin kita akan berbuat sesuatu,

Tapi takut dengan perbualan orang,
Kita buang mereka tanpa rasa kasihan,

Walaupun rambut sama hitam, tapi hati lain-lain,
Tahukah, kita sebenarnya sama spesis?

Niat sudah ada,
Tapi perbuatan kita di halang oleh seribu alasan,
Bagaimana patut kita ubahnya?



Wednesday, July 3, 2013

Tengah

Titik pertengahan,
Mengasingkan antara kiri dan kanan,
Membina satu jurang yang besar,

Tak semuanya manis sentiasa,
Kadang-kadang perlu disatukan,

Bila terasa yang anda adalah titik pertengahan,
Dan lihat ada jurang,
Automatik akan terus memberikan ruang kepada mereka,

Itulah dia tugas perantara,
Membiarkan titik kiri dan kanan bersatu.

Monday, July 1, 2013

Tabiat

Tabiat mana yang memadamkan api yang sedang marak,
Dialah yang harus diingati,

Bukan tabiat yang hanya melihat dan memarakkan api yang sedia ada,

Badan yang sudah melangkaui had,
Jangan ditambah dengan ayat yang mematikan urat saraf di badan,

Jangan ingat anda seorang sahaja yang sakit,
Dan ingatlah dari mana api itu bermula,

Kerana aku pasti aku tidak akan memilih api daripada air,

Aku pasti, aku akan digolongkan dengan orang yang kurang siuman
jika memilih api daripada air.