Ha?

Ha?

Friday, May 31, 2013

BUKU #8

TERDETIK

Kalau diikutkan hati, nak sahaja aku terperap dekat dalam dewan ni sampai habis  paper. 

Tapi apakan daya, tak tahan kalau depan, belakang, kiri dan kanan ada orang meniru.

Siapa tahan mak jemah oit?

Sakit mata, kurang iman, bikin kontroversi.

Aku tertengok orang sebelah selepas khusyuk menjawab soalan ketiga dekat kertas jawapan itu.

Dengan riak muka yang pelik aku mengomel

‘Eit, dia ni ok ke tidak ni? Selubung muka dengan rambut panjang tu serupa macam puntianak pun ada juga’ (macamlah aku pernah tengok puntianak, jangan doa weyh)

Lantaklah, aku tinggal dua soalan lagi nak jawab. Lepas tu Hasta La Vista la ye.

*tengok pintu-ramai pelajar dah keluar*

“Awal nampak keluar Nuriy ni,” aku bisik dalam hati. (tapi kau orang je boleh tahu apa dalam hati aku ni)

Masa aku membelek kertas jawapan aku balik. Sebelum keluar tu bila dah rasa konfiden, tak ada yang tertinggal.

Jom, kita tinggalkan dewan ni.

Kelima-lima kawan rapat aku pandang ke arah apabila pintu keluar terbuka.
Pandangan tu aku dah boleh faham. Semua kebuluran dek tidak makan masa tengahari tadi terpapar pada ekspresi muka mereka.

*pegang perut* (Erk, berbunyi)

Hari ni aku sudah jawap paper keempat, dan keempat-empatnya dengan bangganya aku nak bagitahu yang aku keluar awal.

Senang sangat ke paper tu? Sebab susah la dan tak boleh jawap la aku keluar.
“Korang tak pelik ke yang semua paper kita keluar awal?,” tanya aku, memecah kesunyian.

“Tak pun, malas ah nak duduk dalam dewan tu lama-lama,” balas Wani.

*makanan dah sampai*

Masa ni, semua orang senyap melayan makanan masing-masing.

Aku pun sama juga tapi dalam fikiran aku, ada seorang yang sedang bermain di fikiran aku. Khairul.

Sihat ke tak dia ni?

Terdetik membawa seribu tanda tanya. Hati sudah tahu tapi minda cuba mengabaikannya.

Lagi empat hari sahaja lagi nak meninggalkan kampus untuk cuti semester. 

Adakah hubungan aku dengan dia akan ada kesinambungan?

Aku tersengih seorang diri.

“Oit Mar, fasal tersengih sorang-sorang ni? Ok ke idok,” tanya Ilyana.

“Aku ok je la,” balas aku sambil tersenyum.

“Kawan kita ni dah jumpa ehem-ehem la tu,” sampuk rakan kelas aku merangkap rakan sebilik juga, Hana.

“Haishhh,” balas aku sambil menepuk belakang dia.

Thursday, May 23, 2013

BUKU #7


TANDA TANYA

Kertas 27 Mac, 4 dan 5 April sudah berlalu. Tetapi aku tak menantikan sangat kertas yang seterusnya iaitu pada 7 April.

Walaupun orang tengok aku ‘cool’ sahaja, pergi perpustakaan bawa laptop, buku, dan pen warna tapi subjek yang akan datang ni aku agak gerun sikit.

Teori dia bukan main melampau lagi sampai aku pun tak faham dan pada asasnya aku rasa subjek ini memang untuk praktikal.

Bagi pendapat aku teori dengan praktikal perlu seimbang.

Macam aku pernah belajar main piano. Pertama sekali, kena belajar perkara asas dahulu, clef tu apa semua bagai.

Tapi dalam masa yang sama aku  buat praktikal, belajar untuk menggerakkan jari aku bagi mendendangkan alunan yang sedap untuk para pendengar.

Bukan seperti sekarang, mentelaah, faham, menghafal, praktikal ‘zero’
Namun aku tak pernah mengalah, erk, hampir.

“You, I dah pening la nak baca benda ni,” aku menekan butang ‘send’ pada papan kekunci telefon bimbit.

Dengan berkat kesabaran aku tunggu dan tak sampai 3 minit sudah ada balasan.

“Ok tak ni?. Cuba baca guna slide dan minta tips dari pensyarah yang mengajar you tu. Jap I cuba tengok ada slide lagi tak dalam laptop,” balas dia.

“Dah tepu dah, eyh macam menyusahkan you sahaja :| , “ balas aku kembali.

“Ala, small matter. You kan pernah bagi I dengan kawan-kawan I pinjam kalkulator,” balas dia.

Kalkulator? Buat apa? Mesti ramai yang tertanya-tanya ye.

Dalam course yang aku ambil sekarang ni, hanya semester yang keempat sahaja memerlukan kalkulator.

Tetapi dari semester pertama aku dah mula bawa kalkulator, sebab perkara macam inilah. Sama juga dengan kamus.

Perbualan aku dengan Khairul tamat selepas aku balas mesej dia.
Kenapa dia? Kenapa?

Kalau ada pilihan untuk jawapan di atas, antara pilihannya adalah :
a.     Bosan
b.      Entah
c.     Tenang
d.     No clue

Kalau ada memory card dekat otak aku ni nak sahaja aku keluarkan dan tengok reaksi aku ketika aku berbalas mesej dengan dia.

Berkenaan soalan di atas, biarlah aku seorang sahaja yang rasa. :)

Situasi Spontan #1


BUKU #6


SUNYI

Hari ni seperti hari-hari biasa, aku bangun pagi, mandi dan terus pergi ke perpustakaan untuk mentelaah.

Final exam, minggu yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar menunjukkan semester nak dekat tamat.

Semester ketiga, bagi aku semester yang kritikal selepas semester dua.

Semasa semester dua banyak yang aku lalui, pahit tapi elok untuk kematangan.

Hidup ini tak seperti yang kita sangkakan. Kawan boleh jadi lawan, musuh boleh jadi kawan.

Daripada masalah itu aku boleh belajar siapa kawan dan siapa lawan.

Kalau orang tanya aku macam mana nak cari kawan? Aku akan jawap, kawan dengan semua orang dan jadi diri sendiri.

Kalau dia boleh terima kita, kawan la tu. Kalau talam dua muka, lawan la tu.

Yang tak berapa nak berminat dengan kita , senyum sahaja, jangan bermusuh.

Rasul kita, mana pernah ajar perkara yang negatif. Lagipun, senyum itukan sedekah.

Aku di meja belajar ni kadang-kadang seperti cacing kepanasan.

Iyelah, hampir semua subjek aku ni kena menghafal sebab teori kan.

Habis kertas dengan pen warna stabilo ni  (nasib baik ada baucar buku, terima kasih Kerajaan) .

Sambil aku buat nota tu aku perasan betapa sunyinya hari ni.

Aku mengeluh sambil mengintai pasangan-pasangan yang ada di sekeliling perpustakaan tu, erk, aku sorang je ke?

Ok, Mar jangan fikirkan perkara yang tak penting, kau kena usaha untuk membuatkan mak dengan ayah kau bangga.

Ingatlah bahawa kau ni tanggungan ibu dan ayah bukan PTPTN.

Tuesday, May 21, 2013

BUKU #5


TERSEDAR

Kalau bangun subuh, lepas solat mesti tidur balik kan?

Tapi kali ni lain. Aku tak lelapkan mata walaupun sesaat.

Ulangkaji dan terus ulangkaji.

Daripada tak tidur lebih baik aku luangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah.

Sedap je aku tengok roommates sendiri tidur, tapi dalam fikiran aku bertanya kenapa aku tak boleh tidur nyenyak macam mereka?

*azan berkumandang*

Ouh, azan subuh dah berkumandang dah ni, lebih baik aku call dia.

Ye, alang-alang dah pukul tiga pagi tadi aku mengambil keputusan untuk tidak lelap kan mata.

Boleh aku kejutkan Khairul dan roommates sekali.

Maklumlah saya ni kadang-kadang susah nak terjaga. Tidur mati la katakan.

Dengan dup dap dup dap hatinya aku pun memberanikan diri untuk telefon Khairul.

“Awak, dah subuh bangunlah ye,” aku berkata dengan suara yang agak lembut.
Dia hanya membalas dengan suara tidurnya ‘ok’.

Selepas tu aku tutup telefon sebab makin lama makin laju pula degupan jantung aku tu, mungkin kah?

MAR,MAR,MAR merepek je kau ni.

Entah. #1


Thursday, May 16, 2013

AKAN DATANG kot.


Merepek 101 #0


Setelah aku pulang dari minum dengan rakan, aku rasa macam ada yang tidak kena.

Nampak gayanya esok aku tak keluar lagi la ni walaupun ada perancangan yang best.

Tak pernah-pernah hampir seminggu aku tidak keluar. Sama ada tengok wayang, teman rakan, atau ambil adik dari sekolah.

Ya, anda boleh kata aku pemalas tetapi hakikatnya aku tidak rasa sedap hati.

Aku : Ayah, kawan ajak keluar esok tapi rasa tak sedap hati la pula.

Ayah : Kalau rasa tak sedap hati, jangan keluar. Follow your instinct.

Hmmm, aku pun membuat keputusan tidak keluar pergi mana-mana tapi terbuka hati untuk berborak dengan ayahanda aku ni.

Aku : Ayah, umur 20 tahun ke atas dah patut fikir serious relationship ke? Is it normal?

*aku terbayangkan kata kakak ipar aku yang umur macam aku dah tak boleh main-main lagi dalam hal cinta*

Ayah : Well, it is.

Jawapan yang buat aku terfikir dengan lebih mendalam.

Aku : Ok, thanks. *aku senyum sambil mengambil barang aku masuk ke bilik*

Herm, agaknya aku dah kena fikir apa yang aku akan capai lepas habis Diploma ni.

Hidup ni bukan untuk seronok sahaja, mengenal manusia dan melakukan kesilapan.

Tapi ia tentang apa yang kita sudah capai ketika dunia ini dipinjam kepada kita oleh Yang Maha Esa. 

Hidup... Hidup...


Thursday, May 9, 2013

BUKU #4


KESINAMBUNGAN

“Woi Mar! Mar!,” rakan sebilik aku menegur sambil menggerakkan bahu aku.

“Ha, ye?,” balas aku terkejut.

“Termenung jauh nampak, apa yang kau tengah bayangkan tu?,” tanya dia lagi.

“Erk, tak ada apa-apa arh,” balas aku sambil memegang kepala.

Aduh, kenapa tiba-tiba pula kepala aku sakit ni.

“Kau ok tak ni?,” tanya dia.

“Sakit kepala tiba-tiba pula,” balas aku sambil memandang laptop.

“Tu ah kau, aku suruh tidur awal kau tak nak. Ni nasib baik kelas dah habis, tunggu nak ambik final exam je. Aku nak balik dah ni,” terang dia.

“Ha, ok-ok. Aku tak balik masa study week ni, ada hal sikit. Take care. ,” balas aku sambil tersenyum.

“Ok, Assalammualaikum,” beritahu dia sambil menarik beg roda.

“Waalaikummussalam,” balas aku.

*teet teet teet teet*

Sejak nombor yang tak dikenali itu sms aku, aku dah mula bergiat aktif dengan telefon aku balik.

Selalunya, jarang ada bunyi sms melainkan sebab kerja, assignment, ajak pergi makan dan sewaktu dengannya.

Lagi-lagi kalau ajak pergi makan, aku ni kuat makan orangnya walaupun kecil sahaja dari segi fizikal.

Berbalik kepada topik kita, sebenarnya nombor yang tak dikenali itu adalah Khairul.
Entah kenapa, aku rasa tenang sahaja bila dia sms aku. Mungkinkah?

Ha Mar, mengarut la semua benda tu.

Semasa dalam perbualan dia ada tanya ‘You dengan DIA, ada apa-apa ke?’

Aku kepelikan sebab itu adalah kali kedua ke ketiga dia tanya sebab sebelum ni dia ada tanya dengan Twitter.

DIA tu siapa? Mesti semua tertanya-tanya kan. Jadi, biarlah rahsia sebab aku nak cerita apa yang sedang berlaku, bukan sejarah silam.

Sejujurnya, aku tak pernah berjaya dalam hubungan. Entah kenapa, otak aku masih berfikirkan cetek rasanya. Tapi aku sudah bertekad, lepas ni …

Friday, May 3, 2013

BUKU #3


PERMULAAN


Perbualan Khidmat pesanan ringkas (sms) :
Hilmi : Siapa yang dah sampai?
Aku : Aku dengan Husna, yang lain on their way kot. Kau dekat mana ni?
Hilmi : Dekat belakang kau.

*aku pandang belakang*

Main cak-cak pula dia, kata aku perlahan (macam terkumat-kamit mantera pun ada)

Setelah Hilmi datang, semua orang muncul dari entah mana. Macam rombongan pun ada. Oh, ataupun macam dalam cerita Twilight bila The Cullen’s jalan dengan bergaya gila melepasi pintu masuk kafeteria.

Aku rasa dah cukup dah berimaginasi, sekarang aku patut mulakan kerja aku.
“Bismillah, here it goes,” bisik aku dalam hati.

*1 jam kemudian*

“Mar, thanks tau sebab tolong. Aku tak tahu nak minta tolong siapa lagi. Nanti aku belanja kau makan,” kata Hilmi.

“Masalah kecil la, kawan kan. Alright, aku balik dulu. Nak rehat sekejap, elok tidur masa zuhur ni,” balas aku.

“Kau nak aku hantar dekat hostel? ,” tanya dia.

“Erkk, tak pe ah. Aku . . .,” balas aku tapi disampuk oleh . . .

“Hilmi, tolong hantar I dekat hostel boleh tak?,” Shila, bimbos terkemuka dekat kampus aku. Siapa tak suka.

“It’s ok, aku boleh jalan kaki. Jangan lupa, hari ni solat Jumaat weyh,” balas aku, dalam masa yang sama menyelamatkan si Hilmi selepas dia buat muka dekat aku masa Shila tergedik-gedik dekat dia.

“Ya, I terlupa pula Shila. I kena siap-siap pergi solat Jumaat. See you later,” kata Hilmi dan terus berlalu.

Walaupun, Shila sedang menghentak-hentak kasut dia serupa budak kecil yang tidak dapat permainan.

 Merajuk la tu…

Mak aih panasnya.

*teet teet*

Siapa pula nombor yang aku tak kenal ni?

01XXXXXXXX : You, I dekat Fakulti ni. Kalau ada dekat fakulti boleh pulangkan buku tu.

*tepuk dahi sendiri (tanda aku terlupa nak bawa buku yang aku patut pulangkan bagi pihak kawan aku tu)*

Bertambah tragis apabila mesej tu sudah lama sampai. Sebelum bermula sesi penggambaran tu lagi.

Eit, fasal baru sampai? Aku pelik.

baru teringat yang sebenarnya aku memiliki dua nombor.

BAGUS MARLINA, BAGUS.

Wednesday, May 1, 2013

BUKU #2


HARI-HARI BIASA

*Azan berkumandang*

Marlia manusia yang agak susah nak tidur dan bangkit dari tidur.

Entahlah aku sahaja buat-buat insomnia atau memang aku insomnia.

Keliru aku jadinya, paling awal pun pukul 5 pagi aku boleh tidur.

Alhamdulillah, setakat ni tak ada aku terserempak dengan mak cik menyapu pagi-pagi buta dan jual nasi lemak.

Kalau tak, dah lama aku menyesal dan terus tidur awal.

Tapi kita doa-doa moga  yang baik-baik sahaja yang akan menimpa diri aku ni.

Arghhh, kejap lagi ada photoshoot, aku bermonolog sendiri.

Disebabkan final exam nak dekat, kebanyakan daripada kami dah tak ada kelas. Ada yang siapa dah kemas bilik buat clearance lagi.

Iyelah, NO CLEARANCE, NO HOSTEL.

Kita kena ingat, bila dah diberi rezeki ni gunakanlah ia dengan secukupnya dan dengan penuh kasih sayang.

Sebab kita mungkin hanya diberi rezeki itu sekejap sahaja, aku harap dapat duduk hostel sampai aku tamat belajar tapi dengar cerita pekeliling dah keluar. Katanya semester 5 dah kena duduk luar.

Harap-harap tak, sebab aku masih mentah dan tak cukup kuat dengan godaan manusia di sini.

“Weh, aku pergi dulu,” kata aku.

“Kau jalan kaki ke?,” tanya Linda sambil mengunyah makanan dia.

“Takkan la naik kereta weyh, jalan kaki la,” balas aku.

“Ok, bawa payung tu sekali dah la kau bawa kamera dengan tripod tu. Basah karang siapa nak hantar,” pesan dia.

Aku hanya mampu mengangguk. Sebenarnya lambat lagi tapi disebabkan aku perlu berjalan ke fakulti, jadi keluarlah awal sebab MASA ADALAH EMAS.

Tak tipu kalau aku tak pernah lambat, manusia sering melakukan kesilapan tetapi kebanyakan masa, aku tepatinya.

*berjalan kaki sambil mendengar lagu The Naked and Famous – Young Blood*

10 minit kemudian

Dari jauh aku dah tahu siapa yang akan datang lagi awal daripada aku, Husna.

“Assalammualaikum, oit sorang ke? Awal datang,” tegur aku.

“Waalaikummussalam, mestilah. Macam aku pernah datang lambat,” katanya (ada sedikit nada angkuh di disitu)

Aku tengok jam, masih ada 20 minit lagi sebelum semua ada.

“Mar, aku nak tanya sesuatu. Boleh tak?,” tanya Husna mencelah kesunyian.

“Ha, tanya la,” jawab aku tanpa rasa ragu-ragu.

“Macam mana kau belajar ye? Aku tengok kau dengan benda ni lagi dengan susah nak tidur lagi. Aku musykil kau still boleh score dalam exam,” tanya dia, musykil.

Believe me, you won’t believe that I study while listening to music.” jawap aku ringkas.

“Semua orang buat macam tu, apa yang aku tak percaya. Ceit.,” kata Husna.

I mean, really loud. I won’t be able listen to you, nagging at me or talk behind me or something and thus, sambil tu I layan movies,” balas aku sambil menggunakan tangan aku sebagai bahasa badan yang sukses.

“Wow, kau boleh concentrate? Perghh, Daebak,” balas dia.

“Masing-masing ada cara tersendiri. Ala kau, lagi hebat dari aku,” balas aku.

“Tapi tak ada la sampai Dean List lagi macam kau. Betapa kuat gila aku usaha, tak pernah dapat. Hmppph,” balas dia sambil riak mukanya sedih.

“Rezeki. Aku pasti kau akan dapat sesuatu daripada usaha kau tu. Allah Maha Adil,” kata aku.

*teet teet*

“Sms daripada siapa pula la ni?,” monolog aku sendiri.

Angin sepoi-sepoi mencelah diri dan menggantikan fakulti yang hampir serba kosong ini.

Kenapa hampir serba kosong, sebab ada lagi rupanya pelajar yang ada kelas.