Ha?

Ha?

Thursday, May 1, 2014

Motor  I

Aku sebenarnya orang yang tak kisah sangat naik kenderaan apa-apa pun. Jenama kereta semua mana ada aku ingat sangat, tapi tipulah aku tak tahu semua. Antara kenderaan awam, motor dan kereta. Motor yang paling memberi banyak kenangan berbanding yang lain.

Semasa kecil aku tak ingat sangat bila aku start naik motor, masa tu jadi pembonceng lagi. Dah dapat lesen motor dengan kereta, aku lebih cenderung bawa kereta berbanding motor, al-maklumlah seorang ‘heroin’ sahaja. Aku pernah bawa motor, tapi boleh dikira dengan jari.

Yang bahagianya naik motor saving gila, naik kereta cekik darah. Tetapi kelemahan aku, setiap kali aku naik motor aku akan gedebuk. Jatuh la, itu sound effect sahaja. Jadi, tidaklah digalakkan untuk aku bawa motor. Kalau nak cepat terjatuh ke dalam 7 kaki, bagilah aku bawa.

Selepas dah seronok dapat lesen, mesti rasa macam darah panas nak memandu sahaja, tapi sebenarnya masa tu aku naïf lagi. Rupa-rupanya kalau naik kenderaan kena ada minyak, kalau nak isi minyak kena ada duit . . .

Masa itu aku tingkatan lima, perkara normal bagi budak lepasan SPM ambil lesen dan kerja sementara. Masa minta kerja aku tak fikir sangat, malah aku ada dua kerja dalam satu masa. Fasal tu lain kali aku cerita.

Punyalah selamba isi boring tanpa tanya ibu dan ayah akhirnya dapat telefon, suruh datang interview, then pup pap pup pap, nyanyi sikit, speaking lebih sikit, dapatlah kerja.

Kebiasaannya aku akan pergi ke stesen LRT terdekat untuk ibu atau ayah aku ambik dan balik bersama. Selalunya, aku balik dengan ayah, sebab naik motor senang, redah jam.

Ada satu masa tu nak balik dari kerja, hujan. Jadi aku naiklah motor dengan ayah aku. Tapi takkan lah aku tak pakai apa-apa untuk cover air hujan kan? Yang aku pakai ni bukan setakat cover, nak buat alas tidur dekat camping pun boleh.

PONCHO BAJU HUJAN CELORENG.

Kalau ada nampak poncho yang berbentuk manusia tu, itulah aku, kalau tak nampak rupa manusia, tu lain dah, cepat cepat istighfar dan baca ayat kursi.

Hehehe~

Redah punya redah, mak ai sejuk dia kau jangan cakap, macam dekat luar Negara. Ayah aku pun pakai baju hujan juga sambil bawa motor dengan cekap.


Masa ni aku faham apa yang ayah aku lalui setiap hari.

Friday, February 21, 2014

Advices

Ibu, do you ever feel like you aren’t good enough to this world?
Like you haven’t do anything beneficial to this world?
Like this world doesn’t need you?
Like the people around you, hate you for no reason?
What is like to have this question linger in your mind every time you want to go to sleep, awake or even praying.

She replied, it’s all only in your mind.
The world gain benefit from you from the day you were born, they have gain a unique individual.
The world actually needs you.
The world actually loves you.
Because Allah made you to this world, and most of all I never hate you because you will always be my little girl,

And I know, you can do better than think all of this negativity.