Ha?

Ha?

Sunday, March 24, 2013

Cinta Monyet


Cinta Monyet


oleh : Katak Ungu

P/S : ni aku ambil dari http://aqaliliazizan.blogspot.com/ nak transfer ke sini sebab nak tutup dah tak guna blog sana.
"Cinta monyet adalah istilah informal yang berarti perasaan cinta yang terjadi antara sepasang anak muda yang masih dalam masa remaja. Istilah ini juga dapat digunakan sebagai kata sindiran, yang digunakan kepada seseorang yang kurang mencintai pasangannya.
Cinta monyet, yang juga dikenal dengan "crush", bisa juga dideskripsikan sebagai cinta seorang anak atau remaja kepada orang yang lebih tua. Sebagai contoh, seorang murid yang "suka" kepada gurunya. Dalam hal ini, istilah "cinta monyet" menggambarkan sebuah cinta yang tidak akan mendapat balasan. " - Wikipedia

Masa zaman kita remaja dahulu kala, kita sering mengalami cinta monyet bukan?
Bagi aku, aku pun pernah mengalaminya dan kalau boleh aku tidak mahu mengulanginya lagi. Azam tahun baru aku adalah, aku tidak mahu berpasangan dengan sesiapa sehingga ada hamba Allah yang mahu terus bertunang dengan aku.
Ini adalah azam yang besar bagi aku. Insyaallah akan tercapai azam aku ni. Ya allah percepatkanlah jodoh aku dengan orang yang beriman dan lengkap dari segi akhlak dan dunianya. Amin

Aku rasa lebih baik aku sambung cerita aku, iya atau tidak?

Darjah 6 : Masa umur ini aku sudah mula gatal bermain cinta, nama tidak usahlah ditaip di sini, kata orang tak elok mengaibkan orang. Aku suka dengan budak ini, tapi maklumlah cinta monyet, tidaklah bertahan lama.

Tingkatan 1 : Bertukar kepada manusia yang lain. Manusia ni aku kenal daripada kawan aku. Kenal punya kenal, akhirnya suka sama suka. Tapi malang tidak berbau, perasaan hanyalah cinta monyet. Maka, berrkuburlah cinta monyet itu.
Selepas dia, aku ada kenal juga dengan kawan pengakap aku ni, tapi tidak bertahan lama.

Tingkatan 3 : Percaya atau tidak, mahkluk ini merupakan manusia kaum cina. Oh, tidak usah diceritakan panjang. Sangat menyakitkan hati sebab dia beritahu aku 'lebih elok kita jadi kawan sahaja' masa hari jadi aku. Sangat pedih.
Selepas dia, aku dengan orang lain atas sebab nak lari daripada masalah aku. Bodoh kan?

Tingkatan 5 : Berani betul pengakuan manusia seterusnya ini. Tidak pernah aku jumpa lelaki yang sanggup meluahkan perasaan depan mata aku sendiri. Tetapi maklumlah nak dekat SPM kan, kita berkawan dahulu ya. Itulah alasan aku. 

Semasa bekerja : Wow, kalau boleh aku tidak mahu ulang kesilapan yang menyebabkan aku dapat dosa ini lagi. Mudah-mudahan.

Semasa PLKN : Orang semasa di tingkatan 5 kembali lagi. Tetapi selepas beberapa kemudian,jodoh tidak kesampaian agaknya. Berkawan kembali.

Kasanova? oh tidak! aku bukan kasanova sebab aku perempuan. Kougar? oh tidak! aku bukan kougar sebab aku ini manusia. 
Manusia sering melakukan kesilapan dan aku salah seorang daripada manusia tersebut. 
Jika ditanya kepada aku 'sudah ada yang menawan hati?', aku akan jawap, 'sudah tentu, orang nya sentiasa di hati walaupun orang yang di atas ini aku kata setuju kepada mereka'.

Cinta Infiniti


Cinta Infiniti

Oleh : Katak Ungu

Darah merah yang meliputi aku ditambah lagi dengan teriakan aku memeriahkan ruang legar di ruang Hospital itu. Penuh dengan rasa gembira dan rendah diri apabila aku anak perempuan pertama yang dilahirkan di dalam keluarga tersayang.

Apabila aku membesar dari zaman ke zaman, akhirnya, aku dapat juga mengenali huruf ‘A,B,C’ dan ‘Alif,Ba,Ta’. Perbezaan antara huruf rumi dan jawi semasa kecil sebenarnya memeningkan kepala aku. Bagaimana aku nak gunakan huruf tersebut? Bagaimana caranya? Ah, aku dah la jenis yang lembap benar semasa kecil, pembuli, suka sangat tolak orang, dari mana aku dapat perangai tu pun aku tak tahu.

Aku di rumah dijaga rapi dengan Ibu bapa serta Arwah Mak Lang aku. Aku tidur satu bilik dengan dia. Apabila dia sudah meninggalkan dunia ni, bilik tu menjadi hak aku. Mula-mula seram juga aku nak tidur situ seorang diri tapi dengan berkat keberanian aku, aku gagahkan diri.

Berbalik kepada cerita asal, aku dilahirkan sebagai Islam, nama di kad pengenalan aku menarik perhatian sesetengah pihak kerana nama aku yang cukup unik dan jarang digunakan di Malaysia ini. Orang panggil aku Aka sahaja.

Dinilai sendiri, Aka adalah manusia yang masih lagi belajar untuk mendapatkan keredaan dari-Nya.
Cinta antara manusia sudah aku lalui banyak kali. Pelbagai pengajaran yang mengajar aku. Ada masa aku dilukai, ada masa aku melukai hati orang. Tapi hendak buat macam mana, inilah hidup. Tanpa konflik tidak menarik kehidupan seseorang itu.

Oh, aku bukan seorang yang dramatik, tetapi bekas teman lelaki beritahu aku sesuatu “Kau ni kan jenis yang mementingkan diri sendiri”. Ya, akulah manusia yang sangat mementingkan diri sendiri (selfish) , terutama sekali dalam hal CINTA. Entahlah, agaknya aku tak jumpa CINTA sejati aku lagi kot. Masih lagi mencari, apakah sebenarnya itu CINTA.

Tetapi lama-kelamaan, aku dapat mengetahui bahawa CINTA ini banyak ataupun pelbagai. Cinta kepada manusia, cinta kepada binatang, cinta kepada diri sendiri dan yang paling mutlak cinta kepada Yang Maha Esa.

Aku malas nak bercerita fasal cinta kepada manusia, sebab sudah banyak kali aku gagal atas dasar keinginan aku sendiri. Aku tidak bersedia. Tapi aku mencari CINTA kepada Yang Maha Esa.

Hendak diceritakan aku ni ‘alim’ tidak la begitu, kadang-kadang tertinggal juga solat, mengumpat dan melihat perkara yang tidak patut dilihat. Ada terdetik di hati ingin berubah ke arah yang lebih baik tapi aku  . . . Ah.

Siapalah aku di dunia ni? Sering melakukan perkara yang terkutuk lagi dikeji. Masa aku susah sahaja aku meminta, masa senang? Aku jarang merujuk kepada-Nya. Ketidakstabilan dalam mengerjakan solat selalu aku gusar tapi apakah tindakan yang aku lakukan? NONE.

Aku teringat pesan ayah dan ibu sebelum menjejak langkah ke alam Universiti “Jangan lupa solat, solat tu penting”. Pada tahun pertama, aku mengakhiri semester aku dengan cemerlang. Ibu bapa gembira aku pun tumpang gembira sebab inilah pertama kali aku rasa, bagus dalam Kurikulum. Kalau tidak, gred 'E' atau 'D' kebanyakkanya dilihat dalam slip.

Masuk semester kedua, semua tunggang langgang, kawan lari entah ke mana, iman hilang dihempap duniawi. Semuanya tentang duniawi, berfikiran kolot, selalu marah orang.

Semasa aku susah ketika itu, hati aku sangat perit, seperti peluru bazuka menembusi badan aku dan aku rebah tetapi masih lagi bertahan untuk teruskan hidup.

Tetapi sekarang sudah berbeza, kawan-kawan memberikan inspirasi untuk teruskan juga perjuangan. Apa tidaknya masih ada lagi setahun aku di alam ini. Dalam masa setahun inilah, aku masih lagi mencari keredaan dan CINTA dari-Nya. 

Benar la bahawa, cinta kepada Nya adalah infiniti dan tidak pernah ada kesudahannya

"Ya Allah, tolong berikan aku kehidupan yang diredhai-Mu," Doaku.