Ha?

Ha?

Thursday, May 23, 2013

BUKU #7


TANDA TANYA

Kertas 27 Mac, 4 dan 5 April sudah berlalu. Tetapi aku tak menantikan sangat kertas yang seterusnya iaitu pada 7 April.

Walaupun orang tengok aku ‘cool’ sahaja, pergi perpustakaan bawa laptop, buku, dan pen warna tapi subjek yang akan datang ni aku agak gerun sikit.

Teori dia bukan main melampau lagi sampai aku pun tak faham dan pada asasnya aku rasa subjek ini memang untuk praktikal.

Bagi pendapat aku teori dengan praktikal perlu seimbang.

Macam aku pernah belajar main piano. Pertama sekali, kena belajar perkara asas dahulu, clef tu apa semua bagai.

Tapi dalam masa yang sama aku  buat praktikal, belajar untuk menggerakkan jari aku bagi mendendangkan alunan yang sedap untuk para pendengar.

Bukan seperti sekarang, mentelaah, faham, menghafal, praktikal ‘zero’
Namun aku tak pernah mengalah, erk, hampir.

“You, I dah pening la nak baca benda ni,” aku menekan butang ‘send’ pada papan kekunci telefon bimbit.

Dengan berkat kesabaran aku tunggu dan tak sampai 3 minit sudah ada balasan.

“Ok tak ni?. Cuba baca guna slide dan minta tips dari pensyarah yang mengajar you tu. Jap I cuba tengok ada slide lagi tak dalam laptop,” balas dia.

“Dah tepu dah, eyh macam menyusahkan you sahaja :| , “ balas aku kembali.

“Ala, small matter. You kan pernah bagi I dengan kawan-kawan I pinjam kalkulator,” balas dia.

Kalkulator? Buat apa? Mesti ramai yang tertanya-tanya ye.

Dalam course yang aku ambil sekarang ni, hanya semester yang keempat sahaja memerlukan kalkulator.

Tetapi dari semester pertama aku dah mula bawa kalkulator, sebab perkara macam inilah. Sama juga dengan kamus.

Perbualan aku dengan Khairul tamat selepas aku balas mesej dia.
Kenapa dia? Kenapa?

Kalau ada pilihan untuk jawapan di atas, antara pilihannya adalah :
a.     Bosan
b.      Entah
c.     Tenang
d.     No clue

Kalau ada memory card dekat otak aku ni nak sahaja aku keluarkan dan tengok reaksi aku ketika aku berbalas mesej dengan dia.

Berkenaan soalan di atas, biarlah aku seorang sahaja yang rasa. :)

1 comment: