Ha?

Ha?

Thursday, May 9, 2013

BUKU #4


KESINAMBUNGAN

“Woi Mar! Mar!,” rakan sebilik aku menegur sambil menggerakkan bahu aku.

“Ha, ye?,” balas aku terkejut.

“Termenung jauh nampak, apa yang kau tengah bayangkan tu?,” tanya dia lagi.

“Erk, tak ada apa-apa arh,” balas aku sambil memegang kepala.

Aduh, kenapa tiba-tiba pula kepala aku sakit ni.

“Kau ok tak ni?,” tanya dia.

“Sakit kepala tiba-tiba pula,” balas aku sambil memandang laptop.

“Tu ah kau, aku suruh tidur awal kau tak nak. Ni nasib baik kelas dah habis, tunggu nak ambik final exam je. Aku nak balik dah ni,” terang dia.

“Ha, ok-ok. Aku tak balik masa study week ni, ada hal sikit. Take care. ,” balas aku sambil tersenyum.

“Ok, Assalammualaikum,” beritahu dia sambil menarik beg roda.

“Waalaikummussalam,” balas aku.

*teet teet teet teet*

Sejak nombor yang tak dikenali itu sms aku, aku dah mula bergiat aktif dengan telefon aku balik.

Selalunya, jarang ada bunyi sms melainkan sebab kerja, assignment, ajak pergi makan dan sewaktu dengannya.

Lagi-lagi kalau ajak pergi makan, aku ni kuat makan orangnya walaupun kecil sahaja dari segi fizikal.

Berbalik kepada topik kita, sebenarnya nombor yang tak dikenali itu adalah Khairul.
Entah kenapa, aku rasa tenang sahaja bila dia sms aku. Mungkinkah?

Ha Mar, mengarut la semua benda tu.

Semasa dalam perbualan dia ada tanya ‘You dengan DIA, ada apa-apa ke?’

Aku kepelikan sebab itu adalah kali kedua ke ketiga dia tanya sebab sebelum ni dia ada tanya dengan Twitter.

DIA tu siapa? Mesti semua tertanya-tanya kan. Jadi, biarlah rahsia sebab aku nak cerita apa yang sedang berlaku, bukan sejarah silam.

Sejujurnya, aku tak pernah berjaya dalam hubungan. Entah kenapa, otak aku masih berfikirkan cetek rasanya. Tapi aku sudah bertekad, lepas ni …

No comments:

Post a Comment