Ha?

Ha?

Friday, May 3, 2013

BUKU #3


PERMULAAN


Perbualan Khidmat pesanan ringkas (sms) :
Hilmi : Siapa yang dah sampai?
Aku : Aku dengan Husna, yang lain on their way kot. Kau dekat mana ni?
Hilmi : Dekat belakang kau.

*aku pandang belakang*

Main cak-cak pula dia, kata aku perlahan (macam terkumat-kamit mantera pun ada)

Setelah Hilmi datang, semua orang muncul dari entah mana. Macam rombongan pun ada. Oh, ataupun macam dalam cerita Twilight bila The Cullen’s jalan dengan bergaya gila melepasi pintu masuk kafeteria.

Aku rasa dah cukup dah berimaginasi, sekarang aku patut mulakan kerja aku.
“Bismillah, here it goes,” bisik aku dalam hati.

*1 jam kemudian*

“Mar, thanks tau sebab tolong. Aku tak tahu nak minta tolong siapa lagi. Nanti aku belanja kau makan,” kata Hilmi.

“Masalah kecil la, kawan kan. Alright, aku balik dulu. Nak rehat sekejap, elok tidur masa zuhur ni,” balas aku.

“Kau nak aku hantar dekat hostel? ,” tanya dia.

“Erkk, tak pe ah. Aku . . .,” balas aku tapi disampuk oleh . . .

“Hilmi, tolong hantar I dekat hostel boleh tak?,” Shila, bimbos terkemuka dekat kampus aku. Siapa tak suka.

“It’s ok, aku boleh jalan kaki. Jangan lupa, hari ni solat Jumaat weyh,” balas aku, dalam masa yang sama menyelamatkan si Hilmi selepas dia buat muka dekat aku masa Shila tergedik-gedik dekat dia.

“Ya, I terlupa pula Shila. I kena siap-siap pergi solat Jumaat. See you later,” kata Hilmi dan terus berlalu.

Walaupun, Shila sedang menghentak-hentak kasut dia serupa budak kecil yang tidak dapat permainan.

 Merajuk la tu…

Mak aih panasnya.

*teet teet*

Siapa pula nombor yang aku tak kenal ni?

01XXXXXXXX : You, I dekat Fakulti ni. Kalau ada dekat fakulti boleh pulangkan buku tu.

*tepuk dahi sendiri (tanda aku terlupa nak bawa buku yang aku patut pulangkan bagi pihak kawan aku tu)*

Bertambah tragis apabila mesej tu sudah lama sampai. Sebelum bermula sesi penggambaran tu lagi.

Eit, fasal baru sampai? Aku pelik.

baru teringat yang sebenarnya aku memiliki dua nombor.

BAGUS MARLINA, BAGUS.

No comments:

Post a Comment