Ha?

Ha?

Tuesday, April 23, 2013

Khayalan

Khayalan

Betulkah aku ini mempunyai ego yang tinggi?
Atau ia hanya khayalan semata-mata?

Mampukah aku berubah, apabila musibah datang,
Atau ia hanya sementara sahaja?

Bernakah dunia ini dalam keadaan aman,
Atau ia hanya khayalan semata-mata?

Mustahilkah orang mahu berjaya,
Mustahil jika ia hanya dijadikan khayalan semata-mata.

Khayalan semata-mata ketika 
dunia berputar 360 darjah,
dan kita masih lagi bertebangan di angakasa,
tanpa kita sedarinya,

Hati berkata demikian,
Tetapi minda berkata-kata dengan sendirinya.

Monday, April 22, 2013

Gila Dimainkan Hati #2


Cerita cinta tidak kesampaian

“Mak cik Hayati, kenapa berada di sini?, “ tanya Ros.

Aku tersenyum sinis ketika ditanya sebegitu rupa.

“Sangat direct anak muda ini,” kata aku di dalam hati.

 Aku dan Ros bercerita di depan taman bunga yang terdapat di situ.

“Mak cik tiada siapa dalam dunia ini, hati ditipu, hati dah lelah, hati dah bosan,” kata aku.

Aku dahulu bijak orangnya, ibu bapa gembira tidak terhingga kerana satu-satunya anak mereka yang berjaya dan boleh dikatakan disanjung oleh penduduk kampung aku.

Orang dahulu, STPM pun sudah dikira pandai, apatah lagi aku yang mengambil jurusan kedoktoran sebagai pilihan pertama dalam hidup.

Sepandai-pandainya diri aku, ada perkara yang aku  kurang pandai, tentang cinta.
Sepanjang aku belajar, aku boleh dilabelkan sebagai keseorangan walaupun ada rakan sekelas yang sering menegur aku.

Sampai satu masa, aku ditegur oleh seorang lelaki.

Namanya Hashim, orangnya tinggi lampai, kacak dan diminati oleh semua kaum hawa di tempat aku menimba ilmu itu.

Aku pelik kenapa dia menegur aku.
“Ye, boleh saya bantu?,” tanya aku.

“Awak Hayati kan? Saya ada sesuatu nak tanya awak. Sibuk tak malam ni?,” tanya Hashim.

“Saya kena selesaikan kerja saya dahulu, kenapa awak tanya?,” dengan kepelikan di raut wajah aku, aku bertanya.

“Saja, nak bawa awak pergi makan, mungkin?,” dia berkata.

“Sorry, ajak perempuan lain ya,” kata aku dan terus berjalan ke tempat tujuan aku.


Bersambung . . .

Thursday, April 18, 2013

Gila dimainkan hati #1

Oleh : Katak Ungu

Permulaan bicara

Bila berbicara, aku dikatakan gila, bila bercakap aku ditutupkan mulutnya, bila tergelak, semua berpaling arah daripada aku.

“Kak, dah makan?,” tanya nurse.

Aku hanya mampu mengangguk, tanda sudah walhal aku belum makan lagi tetapi sudah rasa kenyang.

Kenyang dengan kebosanan hidup? Ataupun kenyang dengan permainan hati?

Ketika aku disorong oleh nurse, aku hanya memandang terus ke balkoni.

Memandang terus ke arah pesakit-pesakit yang sedang ketawa ataupun menjadi seperti aku.

Aku bukan gila, tambahan lagi tidak siuman, aku tahu yang aku ni normal tapi manusia sudah melabelkan aku sebagai kurang siuman.

Apa yang aku boleh buat jika sudah di bicara macam itu? Senyap dan kaku.

Jika ada pelajar yang datang ke sini dan ingin melakukan aktiviti amal, aku hanya senyap dan tidak akan ada sesiapa yang berani mendekati aku.

Tetapi hari ini berubah, ada seorang pelajar perempuan, bertudung dan manis raut wajahnya mengingatkan aku kepada zaman muda aku dahulu.

“Nama saya Ros, saya dari Universiti Teknologi Mara, mak cik namanya siapa?,” tanya dia.
“Nama makcik Hayati,” jawap aku.

Selepas itu aku terpandang wajah nurse yang selalu menjaga aku, dia tersenyum bagaikan gembira kerana akhirnya aku bersuara.

Bersambung . . .

Monday, April 8, 2013

#0

Menantimu begitu beharga buat diriku,
Aku senang dengan teguranmu,
Tawamu,
Tidak pernah terfikir untuk bersama denganmu,

Adakah ini benar?
Proses mengenal jauhari dengan lebih mendalam,
Akhirnya manikam jatuh cinta terlebih dahulu?

Ekspresi ku semua boleh menilai,
Di dalam hatiku terungkap
Seribu kata tanpa bersuara,

Senang dengan tawamu,
Ini bukan permainan,
Itu aku pasti,

Jika benar, bukakanlah hati untuk menerimaku,
Takkan ku lepaskan penghargaan darimu.

Saturday, April 6, 2013

Perbalahan Dalam Diam Pt.1

Musuh dalam selimut, itu yang diwar-warkan ketika pencerobohan di Lahad Datu berlaku.
Aku menggaru kepala bagai tak endah dengan perkhabaran tersebut ketika dibincangkan oleh rakan-rakan aku di dalam satu perbincangan.
"Ah korang, korang  cakap je, bukannya nak buat apa-apa pun," monolog aku sendiri.

Persetankan, persetankan, itulah yang aku selalu lakukan.
Tak ikhlas aku berada di sini, dipaksa, dah la subjeknya memerah otak aku,
Bila aku nak ada kemajuan kalau hanya dikunjungi oleh orang yang hanya meniliti buku tetapi
hakikatnya skills kosong.

Oh, terlupa nak memperkenalkan diri aku.
Nama Zari, orang panggil Z, aku luarannya senyap tetapi di dalam memberontak.
Sekarang adalah tahun terakhir aku di pusat pengajian ni.

Nasib baik aku lepas semua semester, kalau tak agaknya aku sudah duduk merempat.
Ayahku seorang yang sangat tegas, seperti Hitler.
Diktator terlebih sangat, tak tahu apa yang mempengaruhi diri dia,
antara saka, percakapan orang atau alien di Pluto.

Hidup aku dekat sini seorang sahaja sebab ada satu kejadian yang menimbulkan rasa tidak ingin bergaul lagi.

Sambung


Friday, April 5, 2013

Curitan untuk Ibu

Ketika darah mengalir aku keluar,
Ibuku senyum lebar dengan kehadiranku,
Tawaku ibu aku layan,
Karenahku ibu aku sudah lali,

Ketika aku meningkat dewasa,
Ibu masih lagi bernyawa,
Sihat bagi menjaga kami adik beradik,
Ibu selalu memberi nasihat, makan semua cukup kami ditanggung oleh mereka,

Kadang-kadang aku ada menjawab juga,
Kadang-kadang aku rasa mahu keluar dari rumah itu,
Tapi di mana lagi aku mahu menetap kalau tiada ibu,
Manusia yang mengandungkan aku 9 bulan tanpa rasa penat,

Ibu, mesti kau senyum dengan kelahiranku,
Kerana hanya aku seorang sahaja mahkotamu,
Sejahat-jahat aku kau terima lagi kehadiranku,
Terima kasih ibu kerana sentiasa mendoakan kejayaanku,

Tatkala aku di dalam kesusahan kau la orang pertama yang aku cari,
Untuk cuci segala rasa negatif di dalam hati.
Ibu terima kasih untuk segalanya.

Selamat Hari Jadi Ibu :') Aku akan sentiasa doa kesejahteraanmu dan menjagamu.


Thursday, April 4, 2013

Meraih, Mengadu, Menagih

Meraih, Mengadu, Menagih

By : Katak Ungu

Nama, Zurina, umur 20 tahun, status, Single dan masih mencari. 
Dah dapat dah satu, meraih. 
Meraih simpati untuk mendapatkan cinta. 
Ah, selama aku 20 tahun hidup ni, tak pernah jumpa cinta sejati, setakat ni hanya lelaki yang menunggu untuk memainkan perasaan perempuan sahaja.

Tapi aku ni lain, selama aku hidup, aku memerhatikan sahaja.
Memerhatikan gerak geri manusia yang tak ada perhentiannya.
Di sana ada pasangan yang dilamun cinta tapi tidak sah ikatannya,
Lagi satu ada pasangan yang dilamun cinta tetapi mempunyai ikatan yang sah.
Ah istimewanya hubungan itu.

Sambil mendengar lagu aku pun sibuk berjalan lagi,
Tiba juga aku di tempat aku timba ilmu, aku masukkan beg dalam loker,
"Ah beratnya," mengomel aku.

"Oit, dah lama tunggu?," tanya aku.
"Dah lama dah, setahun rasanya, kau dari mana ni?," tanya Suzina.
"Aku dari luar ha, jalan-jalan hidup udara, biasa lah hidup single ni. Mana teman lelaki kau?," balas aku.
"Sedihnya ayat, ada je ha dekat bilik, tengah tidur," balas Suzina.

Ha, tu la dia yang kedua mengadu, hanya kepada Suzina sahaja aku mengadu.
Siapa lagi yang sanggup melayan perangai aku yang kasar ni?
Sebab tu lelaki pun tak berani nak dekat.

"Jom ah balik, dah malam dah ni," ajak Suzina.
"Jom," balas aku.

Teman bilik aku ada tiga orang, tapi aku ni pendiam jadi tinggal la aku dengan laptop dan handsfree.
Sedar tak sedar, ada satu perkara wajib yang aku tak lakukan lagi.

'Allahu Akbar'
Selesai aku memberi salam aku terus berdoa "YA ALLAH YA TUHANKU, PILIHKAN DAKU SUAMI YANG SOLEH, DIA DATANG MEMINANGKU DAN MENGAHWINKU SERTA JADIKANLAH DIA SAHABATKU DI DUNIA DAN DI SYURGA".

Meleleh air mata setelah aku mengaminkan doa itu.
Aku juga terbayangkan wajah ibu bapa ku yang tiada lagi di muka bumi ini.

Aku meraih kerana perlukan teman, mengadu kerana tiada teman dan menagih untuk cinta mutlak.

TAMAT