Setelah aku pulang dari minum dengan rakan,
aku rasa macam ada yang tidak kena.
Nampak gayanya esok aku tak keluar lagi la
ni walaupun ada perancangan yang best.
Tak pernah-pernah hampir seminggu aku tidak
keluar. Sama ada tengok wayang, teman rakan, atau ambil adik dari sekolah.
Ya, anda boleh kata aku pemalas tetapi
hakikatnya aku tidak rasa sedap hati.
Aku : Ayah, kawan ajak keluar esok tapi
rasa tak sedap hati la pula.
Ayah : Kalau rasa tak sedap hati, jangan
keluar. Follow your instinct.
Hmmm, aku pun membuat keputusan tidak
keluar pergi mana-mana tapi terbuka hati untuk berborak dengan ayahanda aku ni.
Aku : Ayah, umur 20 tahun ke atas dah patut
fikir serious relationship ke? Is it normal?
*aku terbayangkan kata kakak ipar aku yang
umur macam aku dah tak boleh main-main lagi dalam hal cinta*
Ayah : Well, it is.
Jawapan yang buat aku terfikir dengan lebih
mendalam.
Aku : Ok, thanks. *aku senyum sambil
mengambil barang aku masuk ke bilik*
Herm, agaknya aku dah kena fikir apa yang aku akan capai lepas habis Diploma ni.
Hidup ni bukan untuk seronok sahaja, mengenal manusia dan melakukan kesilapan.
Tapi ia tentang apa yang kita sudah capai ketika dunia ini dipinjam kepada kita oleh Yang Maha Esa.
Hidup... Hidup...
No comments:
Post a Comment