TERSEDAR
Kalau bangun subuh, lepas solat
mesti tidur balik kan?
Tapi kali ni lain. Aku tak lelapkan
mata walaupun sesaat.
Ulangkaji dan terus ulangkaji.
Daripada tak tidur lebih baik aku
luangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah.
Sedap je aku tengok roommates sendiri tidur, tapi dalam
fikiran aku bertanya kenapa aku tak boleh tidur nyenyak macam mereka?
*azan berkumandang*
Ouh, azan subuh dah berkumandang dah
ni, lebih baik aku call dia.
Ye, alang-alang dah pukul tiga pagi
tadi aku mengambil keputusan untuk tidak lelap kan mata.
Boleh aku kejutkan Khairul dan
roommates sekali.
Maklumlah saya ni kadang-kadang
susah nak terjaga. Tidur mati la katakan.
Dengan dup dap dup dap hatinya aku
pun memberanikan diri untuk telefon Khairul.
“Awak, dah subuh bangunlah ye,” aku
berkata dengan suara yang agak lembut.
Dia hanya membalas dengan suara
tidurnya ‘ok’.
Selepas tu aku tutup telefon sebab
makin lama makin laju pula degupan jantung aku tu, mungkin kah?
MAR,MAR,MAR merepek je kau ni.
No comments:
Post a Comment