TANDA TANYA
Kertas
27 Mac, 4 dan 5 April sudah berlalu. Tetapi aku tak menantikan sangat kertas
yang seterusnya iaitu pada 7 April.
Walaupun
orang tengok aku ‘cool’ sahaja, pergi perpustakaan bawa laptop, buku, dan pen
warna tapi subjek yang akan datang ni aku agak gerun sikit.
Teori
dia bukan main melampau lagi sampai aku pun tak faham dan pada asasnya aku rasa
subjek ini memang untuk praktikal.
Bagi
pendapat aku teori dengan praktikal perlu seimbang.
Macam
aku pernah belajar main piano. Pertama sekali, kena belajar perkara asas
dahulu, clef tu apa semua bagai.
Tapi
dalam masa yang sama aku buat praktikal,
belajar untuk menggerakkan jari aku bagi mendendangkan alunan yang sedap untuk para
pendengar.
Bukan
seperti sekarang, mentelaah, faham, menghafal, praktikal ‘zero’
Namun
aku tak pernah mengalah, erk, hampir.
“You,
I dah pening la nak baca benda ni,” aku menekan butang ‘send’ pada papan
kekunci telefon bimbit.
Dengan
berkat kesabaran aku tunggu dan tak sampai 3 minit sudah ada balasan.
“Ok
tak ni?. Cuba baca guna slide dan minta tips dari pensyarah yang mengajar you
tu. Jap I cuba tengok ada slide lagi tak dalam laptop,” balas dia.
“Dah
tepu dah, eyh macam menyusahkan you sahaja :| , “ balas aku kembali.
“Ala,
small matter. You kan pernah bagi I dengan kawan-kawan I pinjam kalkulator,”
balas dia.
Kalkulator?
Buat apa? Mesti ramai yang tertanya-tanya ye.
Dalam
course yang aku ambil sekarang ni, hanya semester yang keempat sahaja
memerlukan kalkulator.
Tetapi
dari semester pertama aku dah mula bawa kalkulator, sebab perkara macam inilah.
Sama juga dengan kamus.
Perbualan
aku dengan Khairul tamat selepas aku balas mesej dia.
Kenapa
dia? Kenapa?
Kalau
ada pilihan untuk jawapan di atas, antara pilihannya adalah :
a.
Bosan
b.
Entah
c.
Tenang
d.
No clue
Kalau
ada memory card dekat otak aku ni nak sahaja aku keluarkan dan tengok reaksi
aku ketika aku berbalas mesej dengan dia.
Berkenaan
soalan di atas, biarlah aku seorang sahaja yang rasa. :)
Kih...kih...kih.....life goes on
ReplyDelete