KESINAMBUNGAN
“Woi Mar! Mar!,” rakan sebilik aku
menegur sambil menggerakkan bahu aku.
“Ha, ye?,” balas aku terkejut.
“Termenung jauh nampak, apa yang kau
tengah bayangkan tu?,” tanya dia lagi.
“Erk, tak ada apa-apa arh,” balas
aku sambil memegang kepala.
Aduh, kenapa tiba-tiba pula kepala
aku sakit ni.
“Kau ok tak ni?,” tanya dia.
“Sakit kepala tiba-tiba pula,” balas
aku sambil memandang laptop.
“Tu ah kau, aku suruh tidur awal kau
tak nak. Ni nasib baik kelas dah habis, tunggu nak ambik final exam je. Aku nak
balik dah ni,” terang dia.
“Ha, ok-ok. Aku tak balik masa study
week ni, ada hal sikit. Take care. ,” balas aku sambil tersenyum.
“Ok, Assalammualaikum,” beritahu dia
sambil menarik beg roda.
“Waalaikummussalam,” balas aku.
*teet teet teet teet*
Sejak nombor yang tak dikenali itu
sms aku, aku dah mula bergiat aktif dengan telefon aku balik.
Selalunya, jarang ada bunyi sms
melainkan sebab kerja, assignment, ajak pergi makan dan sewaktu dengannya.
Lagi-lagi kalau ajak pergi makan,
aku ni kuat makan orangnya walaupun kecil sahaja dari segi fizikal.
Berbalik kepada topik kita,
sebenarnya nombor yang tak dikenali itu adalah Khairul.
Entah kenapa, aku rasa tenang sahaja
bila dia sms aku. Mungkinkah?
Ha Mar, mengarut la semua benda tu.
Semasa dalam perbualan dia ada tanya
‘You dengan DIA, ada apa-apa ke?’
Aku kepelikan sebab itu adalah kali
kedua ke ketiga dia tanya sebab sebelum ni dia ada tanya dengan Twitter.
DIA tu siapa? Mesti semua
tertanya-tanya kan. Jadi, biarlah rahsia sebab aku nak cerita apa yang sedang
berlaku, bukan sejarah silam.
Sejujurnya, aku tak pernah berjaya
dalam hubungan. Entah kenapa, otak aku masih berfikirkan cetek rasanya. Tapi
aku sudah bertekad, lepas ni …
No comments:
Post a Comment