HARI-HARI
BIASA
*Azan berkumandang*
Marlia manusia yang agak susah nak
tidur dan bangkit dari tidur.
Entahlah aku sahaja buat-buat insomnia atau memang aku insomnia.
Keliru aku jadinya, paling awal pun
pukul 5 pagi aku boleh tidur.
Alhamdulillah, setakat ni tak ada
aku terserempak dengan mak cik menyapu pagi-pagi buta dan jual nasi lemak.
Kalau tak, dah lama aku menyesal dan
terus tidur awal.
Tapi kita doa-doa moga yang baik-baik sahaja yang akan menimpa diri
aku ni.
Arghhh,
kejap lagi ada photoshoot, aku bermonolog
sendiri.
Disebabkan final exam nak dekat, kebanyakan daripada kami dah tak ada kelas.
Ada yang siapa dah kemas bilik buat clearance
lagi.
Iyelah, NO CLEARANCE, NO HOSTEL.
Kita kena ingat, bila dah diberi
rezeki ni gunakanlah ia dengan secukupnya dan dengan penuh kasih sayang.
Sebab kita mungkin hanya diberi
rezeki itu sekejap sahaja, aku harap dapat duduk hostel sampai aku tamat
belajar tapi dengar cerita pekeliling dah keluar. Katanya semester 5 dah kena
duduk luar.
Harap-harap tak, sebab aku masih
mentah dan tak cukup kuat dengan godaan manusia di sini.
“Weh, aku pergi dulu,” kata aku.
“Kau jalan kaki ke?,” tanya Linda
sambil mengunyah makanan dia.
“Takkan la naik kereta weyh, jalan
kaki la,” balas aku.
“Ok, bawa payung tu sekali dah la
kau bawa kamera dengan tripod tu. Basah karang siapa nak hantar,” pesan dia.
Aku hanya mampu mengangguk.
Sebenarnya lambat lagi tapi disebabkan aku perlu berjalan ke fakulti, jadi
keluarlah awal sebab MASA ADALAH EMAS.
Tak tipu kalau aku tak pernah
lambat, manusia sering melakukan kesilapan tetapi kebanyakan masa, aku
tepatinya.
*berjalan kaki sambil mendengar lagu
The Naked and Famous – Young Blood*
10
minit kemudian
Dari jauh aku dah tahu siapa yang
akan datang lagi awal daripada aku, Husna.
“Assalammualaikum, oit sorang ke? Awal
datang,” tegur aku.
“Waalaikummussalam, mestilah. Macam
aku pernah datang lambat,” katanya (ada sedikit nada angkuh di disitu)
Aku tengok jam, masih ada 20 minit
lagi sebelum semua ada.
“Mar, aku nak tanya sesuatu. Boleh
tak?,” tanya Husna mencelah kesunyian.
“Ha, tanya la,” jawab aku tanpa rasa
ragu-ragu.
“Macam mana kau belajar ye? Aku
tengok kau dengan benda ni lagi dengan susah nak tidur lagi. Aku musykil kau
still boleh score dalam exam,” tanya dia, musykil.
“Believe
me, you won’t believe that I study while listening to music.” jawap aku
ringkas.
“Semua orang buat macam tu, apa yang
aku tak percaya. Ceit.,” kata Husna.
“I mean, really loud. I won’t be
able listen to you, nagging at me or talk behind me or something and thus,
sambil tu I layan movies,” balas aku sambil menggunakan tangan aku sebagai
bahasa badan yang sukses.
“Wow, kau boleh concentrate? Perghh,
Daebak,” balas dia.
“Masing-masing ada cara tersendiri.
Ala kau, lagi hebat dari aku,” balas aku.
“Tapi tak ada la sampai Dean List lagi macam kau. Betapa kuat
gila aku usaha, tak pernah dapat. Hmppph,” balas dia sambil riak mukanya sedih.
“Rezeki. Aku pasti kau akan dapat
sesuatu daripada usaha kau tu. Allah Maha Adil,” kata aku.
*teet teet*
“Sms daripada siapa pula la ni?,” monolog
aku sendiri.
Angin sepoi-sepoi mencelah diri dan
menggantikan fakulti yang hampir serba kosong ini.
Kenapa hampir serba kosong, sebab
ada lagi rupanya pelajar yang ada kelas.
No comments:
Post a Comment