SUNYI
Hari ni seperti hari-hari biasa, aku
bangun pagi, mandi dan terus pergi ke perpustakaan untuk mentelaah.
Final exam, minggu yang
ditunggu-tunggu oleh semua pelajar menunjukkan semester nak dekat tamat.
Semester ketiga, bagi aku semester
yang kritikal selepas semester dua.
Semasa semester dua banyak yang aku
lalui, pahit tapi elok untuk kematangan.
Hidup ini tak seperti yang kita
sangkakan. Kawan boleh jadi lawan, musuh boleh jadi kawan.
Daripada masalah itu aku boleh
belajar siapa kawan dan siapa lawan.
Kalau orang tanya aku macam mana nak
cari kawan? Aku akan jawap, kawan dengan semua orang dan jadi diri sendiri.
Kalau dia boleh terima kita, kawan
la tu. Kalau talam dua muka, lawan la tu.
Yang tak berapa nak berminat dengan
kita , senyum sahaja, jangan bermusuh.
Rasul kita, mana pernah ajar perkara
yang negatif. Lagipun, senyum itukan sedekah.
Aku di meja belajar ni kadang-kadang
seperti cacing kepanasan.
Iyelah, hampir semua subjek aku ni
kena menghafal sebab teori kan.
Habis kertas dengan pen warna
stabilo ni (nasib baik ada baucar buku,
terima kasih Kerajaan) .
Sambil aku buat nota tu aku perasan
betapa sunyinya hari ni.
Aku mengeluh sambil mengintai
pasangan-pasangan yang ada di sekeliling perpustakaan tu, erk, aku sorang je ke?
Ok, Mar jangan fikirkan perkara yang
tak penting, kau kena usaha untuk membuatkan mak dengan ayah kau bangga.
Ingatlah bahawa kau ni tanggungan
ibu dan ayah bukan PTPTN.
nice ...why don't you compile and make it into a book. Some yuppies out here sure wants to know how a teenager fells on her way growing up.
ReplyDelete