TERDETIK
Kalau diikutkan hati, nak sahaja aku terperap
dekat dalam dewan ni sampai habis paper.
Tapi apakan daya, tak tahan kalau depan, belakang, kiri dan kanan ada orang meniru.
Tapi apakan daya, tak tahan kalau depan, belakang, kiri dan kanan ada orang meniru.
Siapa tahan mak jemah oit?
Sakit mata, kurang iman, bikin kontroversi.
Aku tertengok orang sebelah selepas khusyuk menjawab
soalan ketiga dekat kertas jawapan itu.
Dengan riak muka yang pelik aku mengomel
‘Eit, dia ni ok ke tidak ni? Selubung muka
dengan rambut panjang tu serupa macam puntianak pun ada juga’ (macamlah aku
pernah tengok puntianak, jangan doa weyh)
Lantaklah, aku tinggal dua soalan lagi nak
jawab. Lepas tu Hasta La Vista la ye.
*tengok pintu-ramai pelajar dah keluar*
“Awal nampak keluar Nuriy ni,” aku bisik dalam
hati. (tapi kau orang je boleh tahu apa dalam hati aku ni)
Masa aku membelek kertas jawapan aku balik.
Sebelum keluar tu bila dah rasa konfiden, tak ada yang tertinggal.
Jom, kita tinggalkan dewan ni.
Kelima-lima kawan rapat aku pandang ke arah
apabila pintu keluar terbuka.
Pandangan tu aku dah boleh faham. Semua
kebuluran dek tidak makan masa tengahari tadi terpapar pada ekspresi muka
mereka.
*pegang perut* (Erk, berbunyi)
Hari ni aku sudah jawap paper keempat, dan
keempat-empatnya dengan bangganya aku nak bagitahu yang aku keluar awal.
Senang sangat ke paper tu? Sebab susah la dan
tak boleh jawap la aku keluar.
“Korang tak pelik ke yang semua paper kita
keluar awal?,” tanya aku, memecah kesunyian.
“Tak pun, malas ah nak duduk dalam dewan tu
lama-lama,” balas Wani.
*makanan dah sampai*
Masa ni, semua orang senyap melayan makanan
masing-masing.
Aku pun sama juga tapi dalam fikiran aku, ada
seorang yang sedang bermain di fikiran aku. Khairul.
Sihat ke tak dia ni?
Terdetik membawa seribu tanda tanya. Hati sudah
tahu tapi minda cuba mengabaikannya.
Lagi empat hari sahaja lagi nak meninggalkan
kampus untuk cuti semester.
Adakah hubungan aku dengan dia akan ada
kesinambungan?
Aku tersengih seorang diri.
“Oit Mar, fasal tersengih sorang-sorang ni? Ok
ke idok,” tanya Ilyana.
“Aku ok je la,” balas aku sambil tersenyum.
“Kawan kita ni dah jumpa ehem-ehem la tu,”
sampuk rakan kelas aku merangkap rakan sebilik juga, Hana.
“Haishhh,” balas aku sambil menepuk belakang
dia.