Ha?

Ha?

Sunday, November 10, 2013

Perasaan apa ni?


Perasaan apa ni bila tengok orang bahagia?

Perasaan apa ni bila suka tengok orang nak berkahwin?

Perasaan apa ini bila kawan aku meminta tolong untuk niat dia menjadi realiti?

Apakah perasaan ini? Yang aku tahu bukan cemburu tapi lebih kepada bersyukur.

Bersyukur kerana mereka bahagia untuk ke arah yang lebih baik.


Mungkin bukan masa aku lagi, mungkin kelak nanti. Mungkin, macam macam kemungkinan.

Saturday, November 2, 2013

Tuesday, October 22, 2013

ASFA

Asfa : Eyn, simpan ni dalam kotak tu. Mana tahu lepas ni kita tak jumpa lagi dah.
Eyn : Tapi . . .

(Asfa memandang aku dengan senyuman yang manis dan terus lenyap dari pandangan aku)

Aku menjerit dan bangun sambil kotak itu berada dalam dakapan aku. Dengan semula jadinya, aku bangun dan terus ke belakang rumah untuk tanam kotak tersebut.

Selepas tanam, aku melepaskan senyuman sambil memandang langit yang biru dan berkata ‘Terima Kasih Asfa’

______________________________________________________________

P/S : 

Apa yang berlaku bergantung kepada anda yang mentakrifkannya. 
Tugas penulis bukan hanya bercerita, tetapi menolong pembaca untuk membuka minda mereka. 

Tiada apa-apa yang mustahil.



Friday, September 27, 2013

Kesedaran

Sakinah : Aku lembab weyh, kena usaha lebih.

Ainor : Aku faham, tapi jangan sampai terabai benda lain.

Sakinah : Abaikan benda apa?

Ainor : Hubungan.

(Suasana sunyi seketika)

Ainor : Aku faham, kau berusaha kerana kau bukan daripada keluarga yang berada. Cuma jangan lupakan              hubungan kau dengan Allah serta manusia. Lima waktu sehari semalam dan senyuman kepada                      manusia sudah mencukupi dahulu. Nanti kalau ada masa, kau pertingkatkan lagi hubungan kau itu.     
(Sakinah tertunduk malu dan air mata bergelinangan)

___________________________________________________________________________

Cerita di atas hanya rekaan semata-mata, tapi aku sering bayangkan tentang situasi ini.
Aku pun masih lagi belahar memajukan diri, bukan daripada segi ilmiah sahaja tetapi akhlah dan ilmu fardhu ain.

Kita bukan sempurna, tetapi kita boleh jadi hampir sempurna.
Walaupun bukan di mata manusia, tetapi sudah cukup hanya di mata Allah S.W.T.

Wallahualam.


Tuesday, September 24, 2013

LIMA

Lima adalah angka yang ganjil dan ada sesetengah manusia mengatakan lima adalah angka yang tidak sesuai dalam kumpulan tetapi bagi aku semuanya tipu belaka.

Bersahabat bagi aku tidak kira angka, rupa dan pangkat. Kalau kau ditakdirkan untuk bersahabat dengan orang itu, maka sahabat la dikau semua.

Aku kenal erti sahabat semuanya di universiti. Kalau aku tak masuk universiti ni aku tak belajar makna susah dan senang dan cara untuk berkawan dengan semua manusia.

Lima termasuk aku, mereka adalah manusia yang tidak pernah adil dan memilih untuk berkawan. Walaupun aku datang semasa semester tiga dengan semua drama yang aku lalui, mereka tetap terima aku seadanya.

Sejujur nya aku takut untuk bersahabat sebab aku takut perkara yang lama akan berulang kembali. Aku manusia yang sangat passionate dalam sesuatu hubungan. Aku mengharapkan sesuatu yang berpanjangan bukan hanya ungkapan ‘Hi’ dan ‘Bye’ di mulut manusia.

Biar sedikit tetapi kualiti, ye aku memilih kualiti daripada kuantiti. Jadilah dikau seadanya terima la mereka seadanya.

Mereka bukan pelakon, mereka adalah diri mereka seadanya.

Terima kasih kerana sudi menerima aku yang tidak seberapa ini.

Semoga persahabatan kita berpanjangan sampai kamu semua berkahwin dan dapat anak dan kamilah akan menyambut kesemua tangisan dan tawa gembira antara sesama sendiri.

InsyaAllah, Amin.



Saturday, August 31, 2013

that feelings.

Setelah sekian lama aku tak tulis, aku pakat nak curi masa aku buat assignment, update sikit.

Sejak kebelakangan ni, aku banyak belajar.

Tolak ansur, kesabaran, kepercayaan, sayang, mencarut, tanggungjawab dan seterusnya.

Semua di atas aku belajar dan aku mula menerima di dalam bulatan aku sendiri,

Aku sedih tentang sesuatu perkara ni tapi aku tahu, masing-masing sibuk dengan urusan tersendiri.
Tapi adil ke kalau aku seorang sahaja memberi, tapi aku tidak dapat untung apa-apa?
It's like you're just have that feeling for your own self, and it's not healthy.

But so far, I've been surrounded in a such supportive group of friends. So, Alhamdulillah.

About responsibilities, aku baru je turun pangkat dari Fakulti aku.
And it was damn relieve, but also sad at the same time,
I still trying to figure out something but I don't have the answer yet and it was frustrated.
Is it worth to be known?

So yeah, basically this is my 'catatan dari lubuk hati'

Cherish your every moment, take that as challenges.

Tuesday, July 30, 2013

Bersyukur

Satu hari kau bangun,
Dan kau nampak depan belakang kau kosong,
Hitam.

Kau rasa di hati kau,
Tiada degupan jantung,
Kau tengok cermin,
Hanya fizikal sahaja yang sempurna.

Kemudian kau nampak orang,
Orang berpakaian warna putih,
Jalan berbongkok-bongkok,
Kau panggil 'Weyh, aku dekat mana ni?'.

Tiada sahutan,
Dia hanya memaling dan memberi senyuman yang sinis,
Aku pelik dan terus terduduk,
Sambil tertanya-tanya 'Aku dekat mana ni?' .

P/S : Kau rasa ini cerita apa? Masing-masing ada otak, boleh berfikir. Sekian terima kasih.