Ha?

Ha?

Tuesday, September 24, 2013

LIMA

Lima adalah angka yang ganjil dan ada sesetengah manusia mengatakan lima adalah angka yang tidak sesuai dalam kumpulan tetapi bagi aku semuanya tipu belaka.

Bersahabat bagi aku tidak kira angka, rupa dan pangkat. Kalau kau ditakdirkan untuk bersahabat dengan orang itu, maka sahabat la dikau semua.

Aku kenal erti sahabat semuanya di universiti. Kalau aku tak masuk universiti ni aku tak belajar makna susah dan senang dan cara untuk berkawan dengan semua manusia.

Lima termasuk aku, mereka adalah manusia yang tidak pernah adil dan memilih untuk berkawan. Walaupun aku datang semasa semester tiga dengan semua drama yang aku lalui, mereka tetap terima aku seadanya.

Sejujur nya aku takut untuk bersahabat sebab aku takut perkara yang lama akan berulang kembali. Aku manusia yang sangat passionate dalam sesuatu hubungan. Aku mengharapkan sesuatu yang berpanjangan bukan hanya ungkapan ‘Hi’ dan ‘Bye’ di mulut manusia.

Biar sedikit tetapi kualiti, ye aku memilih kualiti daripada kuantiti. Jadilah dikau seadanya terima la mereka seadanya.

Mereka bukan pelakon, mereka adalah diri mereka seadanya.

Terima kasih kerana sudi menerima aku yang tidak seberapa ini.

Semoga persahabatan kita berpanjangan sampai kamu semua berkahwin dan dapat anak dan kamilah akan menyambut kesemua tangisan dan tawa gembira antara sesama sendiri.

InsyaAllah, Amin.



No comments:

Post a Comment