Ha?

Ha?

Tuesday, June 11, 2013

BUKU #9 FINALE

CUTI SEMESTER

“Wei, kawan-kawan jumpa lagi ye,” jerit aku sambil melambai.

“Bye,” mereka membalas dengan senyuman dan lambaian tangan.

Sekarang tengah tunggu keputusan keluar sahaja, tapi ada soalan terakhir bagi memulakan cuti semester aku ni.

CUTI 2 BULAN NI NAK BUAT APA? Sila nyatakan (10 Markah)

Kalau kerja, boleh je tapi pada masa yang sama aku nak rehat secukupnya sebab masa belajar susah nak berehat tambahan dengan program-program yang ada dekat sana. Banyak!

Dan sebenarnya I’m looking forward masa cuti semester ni.

Terngiang-ngiang dekat kepala otak aku dengan apa yang kawan aku cakap ni
‘Mar, tengok cuti semester, kalau contact lagi bagus la tu, kalau tak, you know what to do kan’.

Aku takut, jujur aku takut jika apa yang berlaku masa sebelum ni tidak akan sambung.

 Sedang aku termenung dekat luar tingkap kereta, telefon aku berbunyi.

Khairul : You take care of yourself!

Aku membalas pesanan itu dengan senyuman dan berkata dalam diri aku, ya ‘Dialah orangnya, Insha-Allah’.


Yang berlaku kelak tidak akan diketahui tapi dari sekarang kita boleh memilih dan mencipta dunia kita sendiri.

Friday, May 31, 2013

BUKU #8

TERDETIK

Kalau diikutkan hati, nak sahaja aku terperap dekat dalam dewan ni sampai habis  paper. 

Tapi apakan daya, tak tahan kalau depan, belakang, kiri dan kanan ada orang meniru.

Siapa tahan mak jemah oit?

Sakit mata, kurang iman, bikin kontroversi.

Aku tertengok orang sebelah selepas khusyuk menjawab soalan ketiga dekat kertas jawapan itu.

Dengan riak muka yang pelik aku mengomel

‘Eit, dia ni ok ke tidak ni? Selubung muka dengan rambut panjang tu serupa macam puntianak pun ada juga’ (macamlah aku pernah tengok puntianak, jangan doa weyh)

Lantaklah, aku tinggal dua soalan lagi nak jawab. Lepas tu Hasta La Vista la ye.

*tengok pintu-ramai pelajar dah keluar*

“Awal nampak keluar Nuriy ni,” aku bisik dalam hati. (tapi kau orang je boleh tahu apa dalam hati aku ni)

Masa aku membelek kertas jawapan aku balik. Sebelum keluar tu bila dah rasa konfiden, tak ada yang tertinggal.

Jom, kita tinggalkan dewan ni.

Kelima-lima kawan rapat aku pandang ke arah apabila pintu keluar terbuka.
Pandangan tu aku dah boleh faham. Semua kebuluran dek tidak makan masa tengahari tadi terpapar pada ekspresi muka mereka.

*pegang perut* (Erk, berbunyi)

Hari ni aku sudah jawap paper keempat, dan keempat-empatnya dengan bangganya aku nak bagitahu yang aku keluar awal.

Senang sangat ke paper tu? Sebab susah la dan tak boleh jawap la aku keluar.
“Korang tak pelik ke yang semua paper kita keluar awal?,” tanya aku, memecah kesunyian.

“Tak pun, malas ah nak duduk dalam dewan tu lama-lama,” balas Wani.

*makanan dah sampai*

Masa ni, semua orang senyap melayan makanan masing-masing.

Aku pun sama juga tapi dalam fikiran aku, ada seorang yang sedang bermain di fikiran aku. Khairul.

Sihat ke tak dia ni?

Terdetik membawa seribu tanda tanya. Hati sudah tahu tapi minda cuba mengabaikannya.

Lagi empat hari sahaja lagi nak meninggalkan kampus untuk cuti semester. 

Adakah hubungan aku dengan dia akan ada kesinambungan?

Aku tersengih seorang diri.

“Oit Mar, fasal tersengih sorang-sorang ni? Ok ke idok,” tanya Ilyana.

“Aku ok je la,” balas aku sambil tersenyum.

“Kawan kita ni dah jumpa ehem-ehem la tu,” sampuk rakan kelas aku merangkap rakan sebilik juga, Hana.

“Haishhh,” balas aku sambil menepuk belakang dia.