Monolog
“Kita orang balik dulu Yati,” kata rakan
sekelas aku.
“Ok, hati-hati jalan,” balas aku.
“Tak apa ke kau duduk seorang dekat sini?
Tak nak teman?,” tanya mereka.
“Tak apa, dah terbiasa,” balas aku sambil
senyum.
Aku dengan makmal ni dah macam kawan rapat.
Kadang-kadang sampai pukul 2 pagi aku dekat
sini siapkan kerja aku, dan keesokan harinya ada kelas pula.
Eye
bag? Jangan tanya, memang dah macam mata panda
rasanya.
Hendak buat macam mana, hidup ditanggung biasiswa.
Siapa lagi yang nak tanggung aku? Herm, kalau
boleh aku tak nak susahkan ibu bapa aku.
Balik je ke kampung halaman, ada sahaja
buah tangan aku bawa sebagai tanda terima kasih kerana mendidik aku sampai jadi
begini.
*lampu terpadam*
Bisik aku dalam hati, siapa pula yang main
lampu pagi-pagi buta ni?
Aku pun bangun dari tempat duduk lalu berjalan
ke arah suis.
Angin kuat mencelah tingkap-tingkap di
tempat tersebut.
Peralatan di dalam makmal berbunyi dek
angin tersebut.
*lampu menyala*
“Ha, nasib baik ada,” ngomel aku.
Tiba-tiba . . .
No comments:
Post a Comment