Oleh : Katak Ungu
Permulaan
bicara
Bila berbicara, aku dikatakan gila, bila
bercakap aku ditutupkan mulutnya, bila tergelak, semua berpaling arah daripada
aku.
“Kak, dah makan?,” tanya nurse.
Aku hanya mampu mengangguk, tanda sudah
walhal aku belum makan lagi tetapi sudah rasa kenyang.
Kenyang dengan kebosanan hidup? Ataupun kenyang
dengan permainan hati?
Ketika aku disorong oleh nurse, aku hanya
memandang terus ke balkoni.
Memandang terus ke arah pesakit-pesakit
yang sedang ketawa ataupun menjadi seperti aku.
Aku bukan gila, tambahan lagi tidak siuman,
aku tahu yang aku ni normal tapi manusia sudah melabelkan aku sebagai kurang
siuman.
Apa yang aku boleh buat jika sudah di bicara
macam itu? Senyap dan kaku.
Jika ada pelajar yang datang ke sini dan
ingin melakukan aktiviti amal, aku hanya senyap dan tidak akan ada sesiapa yang
berani mendekati aku.
Tetapi hari ini berubah, ada seorang
pelajar perempuan, bertudung dan manis raut wajahnya mengingatkan aku kepada
zaman muda aku dahulu.
“Nama saya Ros, saya dari Universiti
Teknologi Mara, mak cik namanya siapa?,” tanya dia.
“Nama makcik Hayati,” jawap aku.
Selepas itu aku
terpandang wajah nurse yang selalu menjaga aku, dia tersenyum bagaikan gembira kerana
akhirnya aku bersuara.
Bersambung . . .
No comments:
Post a Comment