DIRECT
MESSAGE
“Aja, kau kenal kan orang yang bagi
pinjam buku tu?,” tanya Nuriy.
“Erk, kenal tak kenal juga la. Biasa
sahaja,” balas aku.
“Tolong pulangkan buku ni boleh? Aku
pinjam tapi tak sempat nak pulangkan, dengar cerita dia orang dah tak buat
tempat lepak macam dulu,” kata dia.
“Tengoklah apa yang aku boleh buat,
letak atas meja tu dulu,” balas aku ringkas.
“Terima kasih daun keladi, patik
naik dulu jumpa lagi,” Nuriy berpantun.
“Amboi, semangat kemelayuan nampak,”
balas aku bergurau senda.
Kami tergelak dan sambil itu, Nuriy
memakai selipar untuk pergi ke biliknya semula.
Sunyi mencelah sekali lagi, tiada
riang tawa. Bilik aku pun semua orang tak ada, entah ke mana mereka pergi aku
pun tak pasti.
Agaknya pergi makan. Agaknyalah.
*screen laptop terpapar laman web
Twitter*
Aku : Hey, you I nak pulangkan buku,
kawan I ada pinjam. Nak pulangkan dekat siapa ya?
Selesai aku menaip aku pun tunggu
balasan. Sambil tunggu aku siapkan kerja yang patut aku buat.
“Perghh, boleh ke siap sebelum habis
semester ni,” mengomel aku.
“Assalammualaikum!!!,” teriak rakan
sebilik aku.
“Waalaikummussalam, hai gembira
macam nampak?,” balas aku.
“Mestilah,” dia balas sambil tersenyum
lebar.
“Aku dah agak dah, ingatkan lupa dah
bilik mana, belajar dekat mana,” perli aku sambil ketawa.
“Universiti ni di hatiku. Mana boleh
lupa, kau dah makan?,” tanya dia.
“Belum, sehari suntuk aku tak keluar
bilik ni kau tahu tak. Risau aku tunggu hangpa semua,” kata aku.
“Bagus mak ni, apa-apa pun aku nak
mandi dan tidur, esok kelas pagi,” balas dia sambil mencapai tuala dan bakul
mandi.
Aku kembali setia pandang skrin
laptop dan ternampak cahaya dekat butang connect.
Tekan dan berkata dalam hati ‘oh,
dia dah balas’.
Khairul : Boleh pulangkan dekat I. Nanti
Direct Message (DM) nombor sebab
jarang buka twitter.
Aku : Dah DM.
Selesai sahaja buat begitu aku terus
sign out, kemaskan meja dan bersedia
untuk pejamkan mata.