Lima adalah angka yang ganjil dan
ada sesetengah manusia mengatakan lima adalah angka yang tidak sesuai dalam
kumpulan tetapi bagi aku semuanya tipu belaka.
Bersahabat bagi aku tidak kira
angka, rupa dan pangkat. Kalau kau ditakdirkan untuk bersahabat dengan orang
itu, maka sahabat la dikau semua.
Aku kenal erti sahabat semuanya
di universiti. Kalau aku tak masuk universiti ni aku tak belajar makna susah
dan senang dan cara untuk berkawan dengan semua manusia.
Lima termasuk aku, mereka adalah
manusia yang tidak pernah adil dan memilih untuk berkawan. Walaupun aku datang
semasa semester tiga dengan semua drama yang aku lalui, mereka tetap terima aku
seadanya.
Sejujur nya aku takut untuk
bersahabat sebab aku takut perkara yang lama akan berulang kembali. Aku manusia
yang sangat passionate dalam sesuatu
hubungan. Aku mengharapkan sesuatu yang berpanjangan bukan hanya ungkapan ‘Hi’
dan ‘Bye’ di mulut manusia.
Biar sedikit tetapi kualiti, ye
aku memilih kualiti daripada kuantiti. Jadilah dikau seadanya terima la mereka
seadanya.
Mereka bukan pelakon, mereka
adalah diri mereka seadanya.
Terima kasih kerana sudi menerima
aku yang tidak seberapa ini.
Semoga persahabatan kita berpanjangan sampai kamu semua berkahwin dan dapat anak dan kamilah akan menyambut kesemua tangisan dan tawa gembira antara sesama sendiri.
InsyaAllah, Amin.
No comments:
Post a Comment