CUTI
SEMESTER
“Wei, kawan-kawan jumpa lagi ye,” jerit aku
sambil melambai.
“Bye,” mereka membalas dengan senyuman dan
lambaian tangan.
Sekarang tengah tunggu keputusan keluar sahaja,
tapi ada soalan terakhir bagi memulakan cuti semester aku ni.
CUTI 2 BULAN NI NAK BUAT APA? Sila nyatakan (10
Markah)
Kalau kerja, boleh je tapi pada masa yang sama aku
nak rehat secukupnya sebab masa belajar susah nak berehat tambahan dengan
program-program yang ada dekat sana. Banyak!
Dan sebenarnya I’m looking forward masa cuti semester ni.
Terngiang-ngiang dekat kepala otak aku dengan
apa yang kawan aku cakap ni
‘Mar, tengok cuti semester, kalau contact lagi
bagus la tu, kalau tak, you know what to
do kan’.
Aku takut, jujur aku takut jika apa yang berlaku
masa sebelum ni tidak akan sambung.
Sedang
aku termenung dekat luar tingkap kereta, telefon aku berbunyi.
Khairul
: You take care of yourself!
Aku membalas pesanan itu dengan senyuman dan
berkata dalam diri aku, ya ‘Dialah orangnya, Insha-Allah’.
Yang berlaku kelak tidak akan diketahui tapi
dari sekarang kita boleh memilih dan mencipta dunia kita sendiri.
No comments:
Post a Comment