Cinta
Infiniti
Oleh
: Katak Ungu
Darah merah yang
meliputi aku ditambah lagi dengan teriakan aku memeriahkan ruang legar di ruang
Hospital itu. Penuh dengan rasa gembira dan rendah diri apabila aku anak
perempuan pertama yang dilahirkan di dalam keluarga tersayang.
Apabila aku
membesar dari zaman ke zaman, akhirnya, aku dapat juga mengenali huruf ‘A,B,C’
dan ‘Alif,Ba,Ta’. Perbezaan antara huruf rumi dan jawi semasa kecil sebenarnya
memeningkan kepala aku. Bagaimana aku nak gunakan huruf tersebut? Bagaimana
caranya? Ah, aku dah la jenis yang lembap benar semasa kecil, pembuli, suka
sangat tolak orang, dari mana aku dapat perangai tu pun aku tak tahu.
Aku di rumah dijaga
rapi dengan Ibu bapa serta Arwah Mak Lang aku. Aku tidur satu bilik dengan dia.
Apabila dia sudah meninggalkan dunia ni, bilik tu menjadi hak aku. Mula-mula
seram juga aku nak tidur situ seorang diri tapi dengan berkat keberanian aku,
aku gagahkan diri.
Berbalik kepada
cerita asal, aku dilahirkan sebagai Islam, nama di kad pengenalan aku menarik
perhatian sesetengah pihak kerana nama aku yang cukup unik dan jarang digunakan
di Malaysia ini. Orang panggil aku Aka sahaja.
Dinilai sendiri,
Aka adalah manusia yang masih lagi belajar untuk mendapatkan keredaan dari-Nya.
Cinta antara
manusia sudah aku lalui banyak kali. Pelbagai pengajaran yang mengajar aku. Ada
masa aku dilukai, ada masa aku melukai hati orang. Tapi hendak buat macam mana,
inilah hidup. Tanpa konflik tidak menarik kehidupan seseorang itu.
Oh, aku bukan seorang yang dramatik, tetapi bekas teman lelaki beritahu aku
sesuatu “Kau ni kan jenis yang mementingkan diri sendiri”. Ya, akulah manusia
yang sangat mementingkan diri sendiri (selfish)
, terutama sekali dalam hal CINTA. Entahlah, agaknya aku tak jumpa CINTA sejati
aku lagi kot. Masih lagi mencari, apakah sebenarnya itu CINTA.
Tetapi lama-kelamaan,
aku dapat mengetahui bahawa CINTA ini banyak ataupun pelbagai. Cinta kepada
manusia, cinta kepada binatang, cinta kepada diri sendiri dan yang paling
mutlak cinta kepada Yang Maha Esa.
Aku malas nak
bercerita fasal cinta kepada manusia, sebab sudah banyak kali aku gagal atas
dasar keinginan aku sendiri. Aku tidak bersedia. Tapi aku mencari CINTA kepada
Yang Maha Esa.
Hendak
diceritakan aku ni ‘alim’ tidak la begitu, kadang-kadang tertinggal juga solat,
mengumpat dan melihat perkara yang tidak patut dilihat. Ada terdetik di hati
ingin berubah ke arah yang lebih baik tapi aku . . . Ah.
Siapalah aku di
dunia ni? Sering melakukan perkara yang terkutuk lagi dikeji. Masa aku susah
sahaja aku meminta, masa senang? Aku jarang merujuk kepada-Nya. Ketidakstabilan
dalam mengerjakan solat selalu aku gusar tapi apakah tindakan yang aku lakukan?
NONE.
Aku teringat
pesan ayah dan ibu sebelum menjejak langkah ke alam Universiti “Jangan lupa
solat, solat tu penting”. Pada tahun pertama, aku mengakhiri semester aku
dengan cemerlang. Ibu bapa gembira aku pun tumpang gembira sebab inilah pertama
kali aku rasa, bagus dalam Kurikulum. Kalau tidak, gred 'E' atau 'D' kebanyakkanya dilihat dalam slip.
Masuk semester
kedua, semua tunggang langgang, kawan lari entah ke mana, iman hilang dihempap duniawi.
Semuanya tentang duniawi, berfikiran kolot, selalu marah orang.
Semasa aku susah
ketika itu, hati aku sangat perit, seperti peluru bazuka menembusi badan aku
dan aku rebah tetapi masih lagi bertahan untuk teruskan hidup.
Tetapi sekarang
sudah berbeza, kawan-kawan memberikan inspirasi untuk teruskan juga perjuangan.
Apa tidaknya masih ada lagi setahun aku di alam ini. Dalam masa setahun inilah,
aku masih lagi mencari keredaan dan CINTA dari-Nya.
Benar la bahawa, cinta kepada Nya adalah infiniti dan tidak pernah ada kesudahannya
"Ya Allah, tolong berikan aku kehidupan yang diredhai-Mu," Doaku.
kerhhhhhhhh.....keep it up... Purple Toad.....Lagi jauh perjalanan lagi banyak yang dapat diceritakan...itulah "INFINITY"....
ReplyDeleteA true heart guided by God "never lies"....but a heart guided by angels "may lie"....unfortunately, a heat guided by the devil "will always lie"...