Motor I
Aku
sebenarnya orang yang tak kisah sangat naik kenderaan apa-apa pun. Jenama kereta
semua mana ada aku ingat sangat, tapi tipulah aku tak tahu semua. Antara kenderaan
awam, motor dan kereta. Motor yang paling memberi banyak kenangan berbanding
yang lain.
Semasa
kecil aku tak ingat sangat bila aku start naik motor, masa tu jadi pembonceng lagi.
Dah dapat lesen motor dengan kereta, aku lebih cenderung bawa kereta berbanding
motor, al-maklumlah seorang ‘heroin’ sahaja. Aku pernah bawa motor, tapi
boleh dikira dengan jari.
Yang
bahagianya naik motor saving gila, naik kereta cekik darah. Tetapi
kelemahan aku, setiap kali aku naik motor aku akan gedebuk. Jatuh la, itu sound
effect sahaja. Jadi, tidaklah digalakkan untuk aku bawa motor. Kalau nak
cepat terjatuh ke dalam 7 kaki, bagilah aku bawa.
Selepas
dah seronok dapat lesen, mesti rasa macam darah panas nak memandu sahaja, tapi
sebenarnya masa tu aku naïf lagi. Rupa-rupanya kalau naik kenderaan kena ada
minyak, kalau nak isi minyak kena ada duit . . .
Masa
itu aku tingkatan lima, perkara normal bagi budak lepasan SPM ambil lesen dan
kerja sementara. Masa minta kerja aku tak fikir sangat, malah aku ada dua kerja
dalam satu masa. Fasal tu lain kali aku cerita.
Punyalah
selamba isi boring tanpa tanya ibu dan ayah akhirnya dapat telefon, suruh datang
interview, then pup pap pup pap, nyanyi sikit, speaking lebih sikit, dapatlah
kerja.
Kebiasaannya
aku akan pergi ke stesen LRT terdekat untuk ibu atau ayah aku ambik dan balik
bersama. Selalunya, aku balik dengan ayah, sebab naik motor senang, redah jam.
Ada
satu masa tu nak balik dari kerja, hujan. Jadi aku naiklah motor dengan ayah
aku. Tapi takkan lah aku tak pakai apa-apa untuk cover air hujan kan? Yang aku
pakai ni bukan setakat cover, nak buat alas tidur dekat camping pun boleh.
PONCHO
BAJU HUJAN CELORENG.
Kalau
ada nampak poncho yang berbentuk manusia tu, itulah aku, kalau tak nampak rupa
manusia, tu lain dah, cepat cepat istighfar dan baca ayat kursi.
Hehehe~
Redah
punya redah, mak ai sejuk dia kau jangan cakap, macam dekat luar Negara. Ayah
aku pun pakai baju hujan juga sambil bawa motor dengan cekap.
Masa
ni aku faham apa yang ayah aku lalui setiap hari.